web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Geng Amir @ Kecik Tumpas, 23 Penyamun Dicekup Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2021 3:40PM

Abd Jalil (kiri) menunjukkan suspek kes samun kedai emas sejak April tahun lepas, yang ditahan dalam beberapa serbuan di Lembah Klang. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Geng Amir@Kecik yang bermaharaja lela menyamun kedai emas sejak April lalu akhirnya tumpas selepas 23 individu termasuk dua wanita ditahan dalam beberapa serbuan di Lembah Klang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, jenayah dilakukan kumpulan berkenaan membabitkan kerugian melebihi RM879,000.

Menurut beliau, kesemua suspek berusia 20 hingga 30 tahun termasuk dalangnya yang dikenali sebagai Amir atau Kecik itu ditahan pada 12 hingga 21 September lalu di beberapa lokasi di Lembah Klang menerusi Op Dulang.

Kumpulan berkenaan katanya, dianggotai tujuh suspek yang berperanan melakukan tugas menyamun, enam pembeli barangan kemas hasil samun, dua penyimpan barangan kemas dan lapan rakan sejenayah.

"Modus operandi kumpulan ini melakukan samun ke atas kedai emas dengan bersenjatakan parang, kapak dan tukul besi.

“Ahli kumpulan akan berpura-pura beraksi sebagai pelanggan dan membuat pemerhatian ke atas kedai emas yang akan dijadikan sasaran bagi menentukan kelemahan dimiliki premis terbabit," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, di sini, hari ini.

Abd Jalil berkata, suspek yang menggunakan dua motosikal sama, akan menukar cover set motosikal dan membakar pakaian yang dipakai selepas melakukan samun.

"Susulan tangkapan ini, polis merampas enam ketulan emas, empat rantai leher emas, dua rantai tangan emas serta satu rantai kaki emas yang kesemuanya bernilai lebih RM193,479 serta barang-barang berkaitan, dipercayai digunakan ketika melakukan jenayah berkenaan.

"Mereka ditahan kerana terbabit dalam kes samun di empat kedai emas di Setapak, Kepong, Gombak dan Seri Kembangan bermula Mei lalu," katanya.

Beliau berkata, polis sedang mengesan dua lagi suspek yang masih bebas, dikenali sebagai Boy Selayang atau nama sebenarnya Mohd Hafizuddin Roslan berasal dari Taman Selayang Mutiara, Batu Caves dan Atai (Ataillah Ghazi), berasal dari  Taman Pelangi Jaya, Kuala Lumpur.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya. - Getaran, 24 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia