web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Lepas Tembakan Amaran, Lerai Pergaduhan 7 Lelaki

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2021 8:50PM

Hakemal Hawari - Gambar dari Borneo Post

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIRI - Pihak polis  terpaksa melepaskan tembakan di udara untuk meleraikan pergaduhan membabitkan sekumpulan tujuh lelaki di Piasau Jaya, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner (ACP) Hakemal Hawari berkata, insiden kejadian jam 5.30 petang itu dipercayai berpunca daripada kenyataan dibuat seorang peguam terkenal daerah ini, yang mendakwa dirinya diserang seorang lelaki dikenali ketika sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah.

Peguam terbabit mendakwa, dia mengalami kecederaan ringan akibat serangan itu.

"Ekoran kejadian, adik mangsa bertindak mengesan penyerang bersama beberapa rakannya, sebelum berlaku pergaduhan antara mereka hingga mengakibatkan kerosakan harta benda dan kecederaan,” katanya kepada Getaran.

Menurut Hakemal, polis yang tiba di tempat kejadian terpaksa melepaskan tembakan amaran ke udara untuk meleraikan pergaduhan serta meredakan keadaan.

"Kesemua yang terlibat dalam pergaduhan itu telah membuat laporan polis dan mereka ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Miri untuk membantu siasatan.

"Semua tujuh suspek lelaki berusia antara 31 hingga 40 tahun itu ditahan reman untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Hakemal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506, Seksyen 447 serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah, pencerobohan jenayah dan melakukan khianat sehingga menyebabkan kerugian.

"Pergaduhan ini turut dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian dan tular di media sosial.

"Polis ingin menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan rakaman pergaduhan itu kerana ia akan mengundang kegusaran kepada masyarakat serta membawa kepada tafsiran yang negatif kepada semua pihak," katanya.

Katanya, mana-mana individu yang didapati menularkan video berkenaan akan didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan. - Getaran, 24 September 2021


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia