web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Semua Vaksin COVID-19 Dijamin Berkesan Dan Selamat - Khairy Jamaluddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2021 9:33PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan bahawa semua vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berkesan dan selamat, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Menurut beliau, kerajaan sedang menimbangkan kemungkinan untuk memberi suntikan penggalak kepada penerima Sinovac kerana kajian mendapati, prestasi vaksin jenis itu agak ketinggalan berbanding Pfizer dan AstraZeneca.

"Kita harus melakukan kajian yang lebih mendalam untuk menentukan apakah keadaan itu disebabkan oleh jenis vaksin, atau beberapa faktor lain meliputi pesakit sendiri, waktu mereka dijangkiti dan jenis varian yang menjangkiti.

"Jadi, analisis yang lebih luas ini sedang dilakukan, dan jika didapati bahawa jenis vaksin adalah antara faktornya, maka kita akan mempertimbangkan hal ini (pemberian suntikan penggalak),” katanya sidang media khas di Putrajaya hari ini.

Khairy menegaskan, orang ramai tidak perlu kuatir dengan keberkesanan vaksin COVID-19 di bawah PICK kerana kajian mendapati, ia berupaya mengurangkan risiko jangkitan sebanyak 88 peratus.

"Tetapi buat masa ini, saya rasa yang penting adalah semua vaksin dalam portfolio Malaysia berkesan dan telah mengurangkan kematian dan kemasukan ke ICU. Itu adalah perkara paling penting,” katanya.

Terdahulu, KKM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa mengambilan vaksin COVID-19 di bawah PICK, dapat mengurangkan risiko kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 83 peratus dan kematian sebanyak 88 peratus, berbanding dengan individu yang tidak divaksinasi.

Dalam perkembangan lain, Khairy menggesa campur tangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk membuat ketetapan sewajarnya dalam menentukan penerimaan vaksinasi bagi perjalanan antarabangsa.

Katanya, beliau dimaklumkan bahawa ada sesetengah negara memberi pengecualian saringan COVID-19 atau perintah kuarantin ke atas individu yang mengambil vaksin tertentu.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana penting untuk kita faham bahawa vaksin melindungi individu daripada risiko jangkitan yang lebih teruk serta mengurangkan gejala-gejala penyakit.

"Namun, tahap perlindungan atau imuniti akan terkesan dengan kemunculan pelbagai varian baharu yang lebih ganas dengan kadar kebolehjangkitan lebih tinggi," tegasnya.

Jelas Khairy lagi, kelonggaran yang akan diberikan kepada pengembara dari luar negara mestilah dibuat berdasarkan kawalan dan pencegahan penyakit, bukan ditentukan oleh jenis vaksin diterima.

"Langkah itu jika dilaksanakan, sudah tentu mengenepikan tujuan pemberian vaksin dan pelalian kepada penduduk negara itu sendiri. Tindakan membezakan vaksin akan menghalang inovasi dalam pembuatan vaksin itu," katanya.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan, pengambilan jenis vaksin boleh menentukan destinasi mana yang boleh dikunjungi walaupun beberapa negara sudah mula memberikan kelonggaran untuk pelawat. – Getaran, 24 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

2

Refleksi 7 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

3

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia