web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Bentang RMK12 Isnin Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Sep 2021 11:12AM

Ismail Sabri akan membentangkan RMK12 di Dewan Rakyat, Isnin ini, selepas sesi soal jawab lisan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang akan menjadi landasan hala tuju pembangunan lima tahun negara di Dewan Rakyat, Isnin ini.

Ismail Sabri dijadual membentangkan RMK12 bagi tempoh 2021 hingga 2025 itu pada 11.30 pagi selepas sesi soal jawab lisan.

Berhadapan pandemik COVID-19 di penghujung Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) selain perubahan pimpinan kerajaan, pembentangan RMK12 dipinda sekurang-kurangnya dua kali daripada tarikh asal pada 6 Ogos tahun lepas kepada Januari tahun ini, sebelum akhirnya dibentang pada Isnin ini.

Bersesuaian tema Keluarga Malaysia, RMK12 dijangka memberi keutamaan kepada aspek kebajikan dan perlindungan sosial masyarakat yang merupakan penggerak ekonomi negara dengan projek-projek pembangunan akan turut lebih berpaksikan rakyat berbanding projek-projek mega baharu.

Ini sepertimana dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed sebelum ini bahawa pandemik COVID-19 yang berpanjangan sejak awal tahun lepas telah mengubah corak perbelanjaan kerajaan dalam merangka masa depan negara yang kini lebih menumpukan kepada perkembangan pascapandemik bagi lima tahun akan datang. 

Walaupun projek-projek mega baharu bukan lagi keutamaan, Mustapa berkata projek-projek mega sebelum ini yang sedang berjalan seperti projek Sistem Transit Rapid (RTS) Malaysia-Singapura akan terus dilaksanakan.

Beliau berkata projek-projek baharu seperti pelabuhan dan lapangan terbang yang boleh membantu meningkatkan ekonomi negara sudah pasti akan dirancang kerajaan dalam belanjawan tahunan sebaik ekonomi negara kembali pulih yang dijangka pada 2023.

Selain itu, sepertimana Rancangan Malaysia yang lain sejak mula diperkenal pada 1966, fokus kerajaan dijangka akan turut menjurus ke arah merapatkan jurang pembangunan antara negeri dengan lebih banyak perbelanjaan negara akan diagihkan bagi membangunkan negeri-negeri kurang maju.

Sementara itu, menurut portal rasmi Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, RMK12 merupakan bahagian terakhir dalam Pelan Pemulihan Negara di bawah pendekatan 6R iaitu 'reform' (resolve, resilient, restart, recovery, revitalise) yang akan membina asas kukuh dalam membentuk sebuah negara berteknologi dan berpendapatan tinggi dengan pengagihan yang lebih saksama. 

Ini sekali gus bagi membolehkan Keluarga Malaysia mengecapi kehidupan yang lebih bersatu padu, harmoni dan bermaruah dengan mengetepikan segala perbezaan dan meraikan kepelbagaian.

Menurut takwim mesyuarat Dewan Rakyat yang dimuat naik dalam laman web rasmi Parlimen Malaysia, sesi perbahasan RMK12 akan bermula pada 28 Sept hingga 4 Okt, sebelum penggulungan oleh menteri-menteri berkaitan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia