web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bangkai Penyu Agar Ditemui, Mata Ada Kesan Darah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Sep 2021 3:03PM

Penguat kuasa Jabatan Perikanan Negeri Terengganu memeriksa bangkai penyu agar betina yang terdampar di Pantai Pandak.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Bangkai seekor penyu agar ditemui mati dengan kesan darah pada bahagian matanya di Pantai Pandak di sini, semalam.

Pengarah Perikanan negeri, Ruzaidi Mamat berkata, bangkai reptilia betina dipercayai berusia antara empat ke lima tahun itu ditemukan terdampar oleh orang awam yang beriadah di pantai berkenaan pada pukul 5.18 petang.

“Kita masih belum mengetahui punca kematian penyu seberat 15 kilogram itu buat masa ini.

“Namun, berdasarkan keadaan bangkai, saya tidak menolak kemungkinan penyu ini lemas akibat terperangkap dalam pukat,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata bangkai penyu sepanjang 53.34 sentimeter itu kemudian ditanam di kawasan Pantai Pandak.

Menurut Ruzaidi, Jabatan Perikanan Negeri merekodkan kematian 38 penyu dan seekor tuntung laut setakat September 2021. - Getaran, 26 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Selepas Ular, 6,850 Kura-Kura Hidup Dirampas Dari Bagasi Penumpang AirAsia Ke India

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Penyu Mati Ditemukan Di Pantai Beting Lintang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lagi Penyu Ditemui Mati, Terengganu Rekod Kematian Ke-11

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia