web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penyu Mati Ditemukan Di Pantai Beting Lintang

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Feb 2023 11:00AM

Seekor penyu dipercayai spesies karah ditemukan mati terdampar di Pantai Beting Lintang di Kampung Gong Batu dekat sini, kira-kira 6.30 petang semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR PERMAISURI - Seekor penyu dipercayai spesies karah ditemukan mati terdampar di Pantai Beting Lintang di Kampung Gong Batu dekat sini, kira-kira 6.30 petang semalam.

Ramlah Mamat, 48, yang menemukan bangkai reptilia itu berkata dia pada awalnya terhidu bau busuk sebelum ternampak bangkai penyu itu di sebalik ranting pokok ru di tepi pantai itu.

“Kami sekeluarga datang beriadah di sini dan rasa teruja bila ternampak penyu, tapi dalam masa sama rasa sedih pula sebab dah mati,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Katanya lagi penyu berkenaan sepanjang kira-kira 75 sentimeter, dipercayai telah mati dalam tempoh beberapa hari kerana bahagian kepalanya hanya tinggal tengkorak, manakala bahagian bawah badannya sudah mula mereput.

Seorang lagi pengunjung pantai itu, Zulkifli Ismail, 60, berkata penyu karah juga dikenali sebagai ‘penyu sisik’ oleh orang tempatan, namun dia tidak dapat mengenal pasti jantina haiwan itu kerana sudah mereput.

“Saya mengesyaki ia mati di laut sebelum dihanyutkan ombak ke tebing pantai ketika kejadian air pasang besar minggu lepas,” katanya yang terkilan kerana banyak penemuan haiwan ikon negeri itu mati kebelakangan ini sama ada akibat kecuaian manusia atau faktor semula jadi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Selepas Ular, 6,850 Kura-Kura Hidup Dirampas Dari Bagasi Penumpang AirAsia Ke India

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lagi Penyu Ditemui Mati, Terengganu Rekod Kematian Ke-11

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Bangkai Penyu Agar Ditemui, Mata Ada Kesan Darah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia