web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rentas Negeri Bercuti Di Pulau Redang, 6 Individu Dikompaun RM30,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2021 5:33PM

Enam individu termasuk seorang wanita dikompaun sebanyak RM5,000 setiap seorang atas kesalahan merentas negeri, untuk bercuti di Pulau Redang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Enam individu termasuk seorang wanita dikompaun sebanyak RM5,000 setiap seorang atas kesalahan merentas negeri, untuk bercuti di Pulau Redang.

Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, individu yang dikompaun itu masing-masing berasal dari Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Melaka.

Mereka yang berusia antara 32 tahun hingga 47 tahun itu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi tujuan melancong.

“Kesemua yang dikompaun itu adalah hasil operasi bersepadu yang dilaksanakan pelbagai agensi termasuk polis, pegawai kesihatan dan penguat kuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) selama dua hari dan berakhir semalam di pulau peranginan berkenaan,” katanya hari ini.

Rohaimi berkata, polis akan meneruskan operasi pematuhan SOP dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada sebarang pelanggaran garis panduan, sekali gus mengelak peningkatan jangkitan dan penularan COVID-19 di negeri ini.

“Tindakan keras akan diambil terhadap pengusaha resort yang membenarkan pengunjung dari negeri luar menginap bagi tujuan melancong, di samping gagal memastikan pelanggan lengkap menerima dua dos vaksinasi,” katanya. - Getaran, 26 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Feri Terbakar Di Pulau Bidong, 79 Penumpang Selamat

2

TARA 1 tahun yang lalu

Rebut Peluang Beraya Sambil Bercuti Bersama Keluarga, Sudahkah Anda Memilih Destinasi Yang Sesuai? 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Senaraikan Memandu Di Bawah Alkohol Sebagai Kesalahan Tidak Boleh Dikompaun - PERKASA

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Enggan Bayar Saman Tertunggak, MPAJ Cadang Senarai Hitam Lesen Perniagaan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia