web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peluang Untuk Nur Sajat Bertaubat Sentiasa Terbuka - Idris Ahmad

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Sep 2021 7:42PM

Idris Ahmad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA BERANG - Peluang untuk Muhammad Sajjad Kamarul Zaman, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, bertaubat sentiasa terbuka jika beliau benar-benar ingin kembali kepada fitrahnya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad.

Beliau berkata kerajaan sedia memberi bimbingan dan kaunseling kepada Muhammad Sajjad selepas pihak berkuasa selesai mengambil tindakan terhadap usahawan kosmetik itu.

“Insya-Allah kalau dia sudi datang kepada kita, kalau dia sudah mengaku salah dan sebagainya, kalau dia nak balik kepada fitrah, tidak ada masalah.

“Kita bukan nak menghukum, kita lebih kepada pendidikan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan program Musa’adah FoodBank YaPEIM kepada 174 pekerja rumah bot di Pengkalan Gawi di Tasik Kenyir hari ini.

Idris juga berkata kerajaan sentiasa melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menarik golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kembali ke pangkal jalan termasuk melalui program dakwah di jalanan.

Bernama sebelum ini melaporkan polis dalam proses memohon untuk mengekstradisi Muhammad Sajjad daripada pihak berkuasa Thailand.

Muhammad Sajjad diburu oleh pihak berkuasa Malaysia selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan kerana gagal hadir pada sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Pada 15 Jun lepas, polis turut menjejaki Muhammad Sajjad bagi membantu perbicaraan kes penipuan pertukaran nama dan jantina pada kad pengenalan di Mahkamah Ampang, Selangor. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 9 bulan yang lalu

Covid-19: IPT Diminta Tunggu Arahan, Nasihat KKM - Zambry

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Harmoni Bincang Usaha Tingkat Kefahaman Pelbagai Agama

3

Politik 1 tahun yang lalu

Calon Diminta Jaga Adab, Tutur Kata Ketika Kempen

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Menteri, Pemimpin Kerajaan Terlibat Pembalakan Akan Dilucut Jawatan - PM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia