web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Calon Diminta Jaga Adab, Tutur Kata Ketika Kempen

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Jul 2023 1:14PM

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N13 Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun (tengah) beramah mesra dengan orang ramai ketika berkempen di Pasar Tani Stadium Paroi hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Semua calon Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu menjaga adab dan tutur kata sepanjang tempoh berkempen, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Naim Mokhtar.

Beliau mengingatkan, calon juga perlu menjaga batas supaya tidak melanggar akidah dan syariat agama, terutamanya bagi calon beragama Islam.

"Semoga dengan beberapa potong ayat al-Quran dan al-Hadis ini dapat mengingatkan kita semua supaya lebih berhati-hati dengan sebarang ucapan, perbuatan dan tindakan kita agar tidak menjejaskan akidah, syariat dan akhlak kita khususnya sebagai umat Islam.

"Kepada semua pihak adalah diseru agar tidak melakukan sebarang provokasi yang boleh menimbulkan perkara-perkara yang tidak diingini, " katanya dalam kenyataan hari ini. 

Selain itu, Mohd Naim turut meminta pengundi yang keluar mengundi di dalam PRN kali ini menjalankan tanggungjawab mereka dengan berhemah. 

Jelasnya, PRN kali ini adalah sebahagian daripada proses demokrasi yang diamalkan oleh Malaysia dalam membuat pemilihan barisan kepemimpinan bagi menentukan masa depan negeri dan negara.

"Perkara (pilihanraya) ini perlu disertai oleh semua warganegara yang layak bagi memastikan proses demokrasi itu terlaksana. 

"Mohonlah taufik dan hidayah dari Allah agar memberikan kebijaksanaan dalam membuat pilihan yang tepat demi kepentingan negara," katanya lagi. 

PRN kali ini melibatkan enam buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu termasuk dengan satu Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Kuala Terengganu.  

Bermula semalam, tempoh kempen akan berlangsung selama 14 hari dan akan berakhir pada 11.59 malam, 11 Ogos nanti.

Untuk rekod, sebanyak 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan dengan jumlah calon seramai 573 orang. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Pendidikan 9 bulan yang lalu

Covid-19: IPT Diminta Tunggu Arahan, Nasihat KKM - Zambry

3

Gaya 9 bulan yang lalu

Zara Pamer Imej Sensitif, Umpama Sokong Pembunuhan Di Gaza

4

Jelajah 9 bulan yang lalu

Lotus's Kongsi Kegembiraan Menerusi Kempen Playful And Joyful Moments

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka