web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Menteri, Pemimpin Kerajaan Terlibat Pembalakan Akan Dilucut Jawatan - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2023 9:22PM

Menteri dan pemimpin yang melanggar larangan itu akan dilucutkan jawatan - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DUNGUN  -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Perpaduan tidak mengizinkan mana-mana menteri Kabinet atau pemimpin di bawah kerajaan pimpinan beliau mengambil tanah atau hasil aktiviti pembalakan.

Beliau berkata mana-mana menteri dan pemimpin yang didapati melanggar larangan itu akan dilucutkan jawatan mereka.

“Beza terbesar Kerajaan Perpaduan dengan kerajaan terdahulu ialah kerajaan ini tidak mengizinkan menteri atau pemimpin kerajaan ambil seinci pun tanah kerajaan mahupun seekar balak.

“Jika perkara itu berlaku, mereka akan tersingkir daripada jawatan mereka,” katanya ketika berucap pada program Sentuhan Kasih Desa Terengganu di Bandar Al Muktafi Billah Shah di sini hari ini.

Anwar berkata ada pihak yang sering memfitnah kerajaan dan memainkan sentimen keagamaan tidak berani untuk melarang pemimpin mereka mengaut keuntungan melalui aktiviti membalak, kontrak serta saham.

Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Perasmian Sentuhan Kasih Desa Terengganu - gambar BERNAMA
Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Perasmian Sentuhan Kasih Desa Terengganu - gambar BERNAMA

Beliau juga berkata kerajaan tidak pernah mengkhianati rakyat dengan mengurangkan peruntukan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Perdana Menteri berkata dalam keadaan ekonomi sekarang yang bertambah baik, harapan untuk negara membangun semakin cerah malah kerajaan juga menambah beberapa peruntukan infrastruktur termasuk di negeri pembangkang.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Pembangunan Desa dan Wilayah, dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah Datuk Seri Ahmad Said serta beberapa menteri Kabinet. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

3

Semasa 1 bulan yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

4

Semasa 1 bulan yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia