web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


100 Pekerja Estet Hilang Tempat Tinggal, 2 Blok Kediaman Musnah Terbakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2021 1:12PM

Kebakaran yang berlaku petang semalam, mengakibatkan penduduk di Kampung Celekong Banita Estate, Kalabakan tinggal sehelai sepinggang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KALABAKAN - Lebih 100 pekerja estet tinggal sehelai sepinggang selepas dua blok kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Celekong Banita Estate, di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen Jr berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 4.35 petang semalam.

"Sepasukan anggota bomba dari BBP Tawau bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 90 kilometer dari balai.

"Sebaik tiba di lokasi, pasukan ERT Banita Brumas sedang melakukan kerja pemadaman api menggunakan dua jentera tangki estet," katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, insiden tersebut memusnahkan dua blok kediaman rumah kongsi 20 pintu dari jenis tidak kekal.

"Pegawai dan anggota bomba dari BBP Tawau kemudian mengambil alih kerja pemadaman api dan operasi tamat sepenuhnya jam 7.39 malam.

"Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.

Anggota bomba mengeluarkan mayat seorang lelaki dalam kebakaran di Kampung Nyaris-Nyaris, Bongawan, jam 3 pagi tadi.
Anggota bomba mengeluarkan mayat seorang lelaki dalam kebakaran di Kampung Nyaris-Nyaris, Bongawan, jam 3 pagi tadi.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang lelaki maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Nyaris-Nyaris, Bongawan, jam 3 pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah hari ini, berkata, mayat Abdul Rahman Abu, 38, ditemui rentung dalam bilik air rumah berkenaan.

"Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.26 pagi.

"Selain kediaman, kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kenderaan jenis Proton Saga," katanya.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – Getaran, 27 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia