web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Audit: PAC Buat Prosiding Sistem uCUSTOMS, Banyak Peningkatan Isu Punitif

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2021 4:38PM

Wong Kah Woh - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan menjalankan prosiding terhadap Sistem uCUSTOMS bernilai RM397.43 juta membabitkan Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Pengerusinya, Wong Kah Woh berkata, selain Sistem uCUSTOMS, terdapat 24 lagi isu lain bersifat punitif yang disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2019 Siri 2 hari ini.

“Isu uCUSTOMS bernilai RM397.43 juta membabitkan Kementerian Kewangan dan Jabatan  Kastam Diraja Malaysia gagal disiapkan sehingga kini sejak dimulakan Oktober 2013.

“Kos asal projek ini adalah sebanyak 317.78 juta, setelah lima kali EOT (lanjutan masa) kos akhir projek ini menjadi RM397.43 juta. Projek ini gagal disiapkan dan jumlah dibayar kerajaan setakat ini adalah sebanyak RM272.99 juta,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Sementara itu, Kah Woh menjangka prosiding membabitkan isu dilaporkan LKAN 2019 siri 2 itu dimulakan November ini.

“PAC memandang serius peningkatan isu bersifat tindakan punitif dalam laporan kali ini berbanding LKAN 2019 Siri 1 yang hanya mencatatkan 11 isu tindakan punitif,” tegasnya.

Menurut beliau, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bersikap lebih agresif dan memandang serius setiap isu yang dibangkitkan dalam LKAN.

“Sehubungan itu, PAC menggesa SPRM melakukan siasatan segera terhadap semua isu dikategorikan sebagai punitif,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid, turut memaklumkan bahawa Jabatan Kastam Malaysia merekodkan pembaziran tertinggi melibatkan sistem uCUSTOMS, iaitu RM272.99 juta. - Getaran, 28 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

3

Politik 3 bulan yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia