web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tiada Untung Peribadi Waktu Saya Jadi MB - Mukhriz Mahathir

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2021 6:15PM

Mukhriz Mahathir - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menegaskan, beliau sama sekali tidak memperolehi sebarang keuntungan peribadi dari apa jua keputusan dibuat Menteri Besar Incorporated (MBI) termasuk dalam urusan pemindahan wang berjumlah RM13 juta yang didakwa berlaku ketika beliau menjadi Menteri Besar sebelum ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra itu, beliau sentiasa bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Katanya, beliau yakin dakwaan dibuat Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkaitan perkara itu, bertujuan untuk mencemar nama baik dan imej dirinya tanpa membuat tuduhan khusus yang boleh mengundang tindakan saman.

"Bersandarkan dokumen ditayangkan Muhammad Sanusi sewaktu sidang akhbar secara maya pada 23 September lalu, pemindahan wang tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan pelaburan dilakukan MBI dalam sebuah syarikat bio-teknologi yang pada waktu tersebut, terlibat dalam kajian dan pembangunan rawatan kanser.

"Syarikat itu berdaya maju dengan ekuitinya pula dimiliki rakyat Malaysia dan agensi pelaburan sektor teknologi tinggi kerajaan Persekutuan, selain turut menarik minat pelabur dari luar negara," katanya di sini, hari ini.

Tambahnya, beliau amat yakin tiada sebarang unsur salah laku dalam urusniaga MBI ketika memegang jawatan Menteri Besar.

"Saya sama sekali tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku mahu pun salah guna kuasa.

"Saya tekankan di sini bahawa sebarang kenyataan dari Muhammad Sanusi bukanlah bersifat pendapat atau pandangan peribadi. Beliau seharusnya lebih bijak dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dengan melakukan pemeriksaan terlebih dulu kerana ia melibatkan imej pentadbiran kerajaan negeri dalam apa jua hal dan keadaan," katanya.

Tegas Mukhriz, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil langkah sewajarnya sekiranya Muhammad Sanusi berterusan membuat onar dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Katanya, kenyataan dibuat Muhammad Sanusi juga dilihat tidak konsisten selain bercanggah antara satu sama lain.

"Pada 21 September, beliau katakan bahawa wang tersebut dipindahkan ke Kanada tetapi menafikan pula perkara itu pada sidang akhbar keesokan harinya.

"Kesilapan atau salah kata begini bukanlah sesuatu yang asing bagi Menteri Besar Kedah itu," katanya. – Getaran, 28 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Harga Lembu Korban Di Kedah Kekal Antara RM750-RM800 1 Bahagian

2

Kisah Kita 3 minggu yang lalu

Dulu Hantar Anak Ke Pejabat Agama, Kini Ibu Ayah Terbuka Hati Peluk Islam

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Umum Projek: ‘Saya Tak Pernah Rugikan Kerajaan 1 Sen Pun’ - MB

4

Sukan 1 bulan yang lalu

KDA FC Masih Tiada Penaja Utama

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

Semasa 44 minit yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Imbau Nostalgia Peribadi Sultan Ibrahim

Semasa 1 hari yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

Semasa 1 hari yang lalu

Persiapan Istiadat Pertabalan Agong Sudah Di Peringkat Akhir