web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Paksaan Di Shopee, Peniaga Bebas Buat Keputusan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Sep 2021 6:54PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mana-mana peniaga yang menjalankan aktiviti di bawah Program Penjual Utama di Shopee bebas menghentikan perniagaan mereka pada bila-bila masa, tanpa perlu risau akan dikenakan tindakan.

Jurucakap platform e-dagang itu berkata, program terbabit digerakkan atas konsep sukarela, dan peniaga boleh membuat pilihan untuk turut serta atau sebaliknya.

“Terdapat dakwaan tidak tepat yang sedang berlegar ketika ini mengenai Program Penjual Utama (Priority Seller Programme) ditawarkan Shopee.

“Penjual Utama adalah program ditawarkan Shopee kepada peniaga yang mempunyai rekod kukuh jangka masa panjang bersama platform ini, bertujuan membantu mereka mengembangkan perniagaan dengan lebih baik,” katanya.

Menurut beliau, tiada tindakan akan diambil ke atas peniaga yang tidak mahu menyertai program berkenaan, malah mereka dibenarkan menarik diri pada bila-bila masa tanpa dikenakan sebarang penalti.

Kenyataan tersebut sekali gus menafikan dakwaan seorang peniaga di sebuah laman sembang sosial baru-baru ini, bahawa dia menerima amaran daripada platform e-dagang terbesar di rantau Asia itu untuk tidak berjual di saluran e-dagang yang lain.

Getaran baru-baru ini menyiarkan dakwaan seorang peniaga, yang memaklumkan bahawa dia diberi amaran akan dikenakan penalti oleh Shopee, selepas dikesan turut menjalankan perniagaan di sebuah platform e-dagang berbeza.

Peniaga dikenali sebagai Sen Lim itu mendakwa, Shopee memberi alasan tindakan tersebut melanggar terma dan syarat diberikan sebagai penjual utama.

Dakwanya lagi, dia turut diberi kata dua, sama ada memadam semua jualan di platform pesaing tersebut dan mengaktifkan mod cuti atau bakal kehilangan status sebagai peniaga pilihan di Shopee.

Mengulas lanjut jurucakap Shopee itu memberitahu, individu berkenaan bagaimanapun bukan peniaga di platform mereka seperti didakwa, sebaliknya hanya seorang netizen yang ingin meminta penjelasan.

“Siasatan kami menunjukkan, Sen Lim bukan peniaga di bawah Shopee atau penulis asal mesej, sebaliknya seorang individu yang menemui tangkap layar perbualan berkenaan, dan membawanya untuk dibincangkan di laman sembang sosial terbabit.

“Gambar diberikan Sen Lim itu adalah keratan asal mesej tersebut yang diperoleh dari tangkap layar bebenang sembang berkenaan,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, Shopee gagal menjejak identiti sebenar penulis asal mesej tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan jurucakap tersebut berkata, Program Penjual Utama ditawarkan kepada peniaga yang menjalankan perniagaan dalam jangka masa panjang di platform e-dagang berkenaan untuk membantu mengembangkan bisnes mereka.

“Ini termasuk menawarkan pengurangan bayaran ke atas beberapa perkhidmatan dijalankan,” katanya.

Program Penjual Pilihan (Preferred Seller) pula jelas beliau, memerlukan peniaga memenuhi standard produk dan perkhidmatan ketat yang ditetapkan untuk memperoleh status ini, termasuk memiliki penilaian kedai serta memenuhi capaian tinggi untuk bisnes dijalankan.

Program ini turut bertindak sebagai insentif kepada penjual untuk menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti sebagai ganti kepada peningkatan kredibiliti, menerusi lencana khas yang boleh dilihat pengguna, selain sokongan pemasaran dan operasi tambahan,” katanya.

Pada masa sama katanya, syarikat itu akan memberikan sokongan berterusan kepada semua penjual tanpa mengira program disertai dan mereka akan menikmati akses sama ke atas semua perkhidmatan ditawarkan.

Jelasnya, Shopee sentiasa komited untuk menyokong peniaga tempatan, terutama usahawan mikro, kecil dan sederhana (MSME) mengembangkan perniagaan mereka, termasuk melancarkan kempen #ShopeeSapotLokal menerusi perkongsian serta kolaborasi bersama pelbagai institusi awam dan swasta.

Sempena kempen jualan 9.9 baru-baru ini, katanya, Shopee menyaksikan 70,000 penjual tempatan baharu mengambil bahagian dalam urus niaga dan menerima manfaat daripada tawaran jualan itu.

“Kami berusaha untuk memastikan penjual tempatan kami di negara ini memperoleh manfaat daripada e-dagang sehingga mereka mampu menyumbang kepada ekonomi Malaysia,” katanya.

Ditubuhkan pada tahun 2015 di Singapura, Shopee dikenali sebagai syarikat teknologi multinasional yang memberi tumpuan utama kepada e-dagang, sebelum rangkaiannya diperluaskan ke pasaran Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam, Filipina, Taiwan, Mexico, Chile dan Colombia. – Getaran, 28 September 2021

Berita Berkaitan

1

Gaya 4 bulan yang lalu

Almari Kapsul Beri Peluang Muslimah Dapatkan Koleksi Fesyen Bawah RM40

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: Gerai Musnah, Peniaga Rugi Teruk

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Peniaga Dipenjara 15 Hari, Denda RM3,500 Lakukan Kekerasan Terhadap Penguatkuasa MBAS

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia