web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PGA Selamat 2 PATI Diikat Di Pokok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2021 9:45PM

2 PATI dari Myanmar ditemui diikat pada sebatang pokok di dalam hutan di Kampung Rahmat, Rantau Panjang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RANTAU PANJANG - Dua lelaki yang juga pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar berusia 32 dan 33 tahun ditemukan diikat pada pokok di hutan di Kampung Rahmat, di sini, kelmarin.

Mereka ditemui pada jam 10.30 malam oleh anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) yang membuat rondaan di lokasi kejadian.

Pegawai Pemerintah PGA7, Superintendan Azhari Nusi berkata, kedua-dua lelaki berkenaan dilepaskan daripada ikatan sebelum diminta menunjukkan dokumen pengenalan diri atau perjalanan yang sah.

Menurut beliau, mereka bagaimanapun gagal mengemukakan sebarang dokumen seperti yang diminta.

"Pemeriksaan ke atas tubuh badan kedua-dua lelaki itu tidak menemui sebarang barangan yang salah dan hasil soal siasat, mereka memberitahu bahawa semua barang peribadi dipegang seorang individu tidak dikenali, disyaki anggota sindiket penyeludupan PATI,” katanya di sini.

Azhari berkata, kedua-dua PATI berkenaan dibawa ke Balai Polis Lubok Stol di sini bagi siasatan lanjut, sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen Negeri Kelantan.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Sekyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki suatu pas/permit yang sah untuk masuk dan berada di Malaysia.

"Kedua-dua lelaki berkenaan dipercayai ditipu oleh sindiket yang berjanji untuk membawa mereka pulang ke negara asal mereka, iaitu Myanmar menerusi Thailand selepas bekerja di Kelantan dalam tempoh tertentu.

"Pihak kita juga tidak dapat mengenal pasti individu yang mengikat mereka pada pokok kerana masalah komunikasi memandangkan mereka tidak dapat berbahasa Melayu," katanya.

Azhari berkata, PGA7 turut menerima aduan dan laporan daripada penduduk kampung berhubung pergerakan warga asing yang sering berlaku di kawasan berkenaan.

Katanya, pihaknya juga akan memperketatkan kawalan bagi menangani masalah penyeludupan di sempadan negara dan pada masa sama, sudah mengenal pasti beberapa pangkalan haram yang menjadi tumpuan sindiket untuk penyeludupan PATI. – Getaran, 28 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Proses Tebang 90 Pokok Berisiko Sekitar KL Dijangka Selesai Awal Julai

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia