web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sik, Kuala Muda Dilanda Banjir Kilat Ekoran Hujan Lebat Lebih 2 Jam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Sep 2021 7:36AM

Keadaan rumah penduduk Sik dan Kuala Muda yang dinaiki air. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Hujan lebat selama dua jam bermula lewat petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di daerah Sik dan Kuala Muda dinaiki air malam tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah berkata di Sik, tiga kawasan iaitu Kampung Landai, Kampung Pinang dan Kampung Melaka terjejas menyebabkan 30 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gulau yang dibuka pada 10.30 malam.

“Terdapat dua keluarga yang terperangkap di Kampung Landai kerana dinding rumah runtuh. Bagaimanapun mangsa telah berjaya dikeluarkan dengan bantuan bomba dan penduduk kampung,” katanya.

Di daerah Kuala Muda pula, dua mukim terjejas termasuk Gurun yang melibatkan tiga kawasan iaitu Kampung Cengai Sungai Ibor, Kampung Sungai Bongkok dan Kampung Batu 3.

“Satu lagi mukim yang terkesan ialah Semeling di mana sebanyak 20 rumah terlibat dalam kejadian banjir di Kampung Sungai Tok Pawang,” katanya.

Beliau berkata tiada PPS dibuka setakat ini di daerah Kuala Muda yang menyaksikan keadaan cuaca ketika ini hujan renyai dan paras air yang sebelum ini antara 0.3 hingga 0.5 meter semakin surut.

Banjir dipercayai turut berlaku di daerah Yan melibatkan beberapa kawasan dan video mengenai kejadian itu tular di media sosial.

Bagaimanapun, belum ada maklumat mengenainya setakat ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia