web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Nafi Rusuhan Di Salak Selatan Tindakan Robohkan Tokong

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2021 7:49AM

Kelihatan sekumpulan individu menghalang kerja pembinaan penghadang oleh PTG Kuala Lumpur. - Tangkap layar video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menafikan kejadian merusuh di Salak Selatan yang tular di media sosial semalam adalah disebabkan tindakan meroboh tokong.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Jaafar berkata insiden berlaku selepas beberapa individu bertindak menghalang kerja pembinaan pagar penghadang ‘hoarding’ oleh pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kuala Lumpur antara 11.45 pagi hingga 4 petang semalam.

Operasi PTG itu disertai anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras yang hadir bagi memastikan keselamatan dan kelancaran kerja pembinaan itu.

Beliau berkata semasa operasi itu dijalankan, terdapat sekumpulan lelaki dan wanita warga tempatan membawa kayu dan besi bertindak menghalang dan memecahkan mesin jentolak selain menyerang anggota polis bertugas.

“Dalam kejadian ini, polis menahan empat lelaki warga tempatan berumur 19 hingga 50 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan ASP Mohamad Sukri Ishak di talian 013-2165881 atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Video berdurasi dua minit sembilan saat tular di media sosial hari ini selepas dimuat naik di laman Facebook, yang mendakwa pihak PTG bertindak hendak merobohkan sebuah tokong terletak di kawasan Salak Selatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Fasa Meroboh Stadium Shah Alam Bermula 

2

Semasa 3 bulan yang lalu

15 Tukang Urut Warga Asing Dicekup Dalam Serbuan Di Cheras

3

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia