web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KPDNHEP Siasat Dakwaan Platform e-Dagang ‘Buli’ Peniaga

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2021 12:05PM

Datuk Rosol Wahid - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan akan menyiasat dakwaan sebuah platform e-dagang kerana dikatakan membuli peniaganya.

Susulan pendedahan dibuat Getaran berhubung isu terbabit baru-baru ini, Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata, siasatan itu akan membabitkan kerjasama dengan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Menurut beliau, KPDNHEP sebagai sebuah kementerian yang prihatin terhadap isu kepenggunaan, memandang serius dakwaan seumpama itu, termasuk berkaitan peniaga dalam talian.

“KPDNHEP dengan kerjasama MyCC akan menyiasat dakwaan ini di bawah lunas perundangan yang dikuatkuasakan.

“Kita memang akan siasat sebab sekarang kementerian masih mengkaji struktur perniagaan platform ini di bawah perkhidmatan penghantaran menerusi p-hailing dan e-hailing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Getaran ketika dihubungi.

Getaran sebelum ini melaporkan, seorang peniaga mendakwa menerima amaran daripada sebuah syarikat penyedia perniagaan e-dagang.

Rosol bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana bimbang ia akan menjejaskan proses siasatan.

“Pihak kementerian tidak boleh mengulas lanjut kerana akan mengganggu siasatan yang dijalankan,” katanya.

Sementara itu, MyCC ketika dihubungi enggan memberi kenyataan berhubung isu terbabit.

“Seperti yang dimaklumkan menerusi perbualan telefon dan aplikasi WhatsApp, kami amat menghargai inisiatif pihak anda kerana menghubungi MyCC berhubung perkara ini.

“Buat masa ini, kami mengambil keputusan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan,” katanya. - Getaran, 29 September 2021

Berita Berkaitan

1

Gaya 4 bulan yang lalu

Almari Kapsul Beri Peluang Muslimah Dapatkan Koleksi Fesyen Bawah RM40

2

Gaya 7 bulan yang lalu

Sedondon Sekeluarga Pilihan Rakyat Malaysia Ketika Sambutan Aidilfitri

3

TARA 11 bulan yang lalu

Pusat Pengagihan DDR SPX Express, ‘Point’ Penting Sebelum Barang Shopee Anda Diterima

4

Gaya 1 tahun yang lalu

Buku ‘Terokai Kejayaan Anak Tempatan’ Sempena Merdeka

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia