web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Nak Selamatkan Diri, Dinding 10 Meter Pecah Akibat Banjir

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2021 4:02PM

Dinding ruanh tamu rumah milik Mohd Zaidi Nayan yang runtuh di Kampung Landai, Gulau dekat Sik, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIK - Ketika sibuk mencari jalan menyelamatkan diri, sebuah keluarga tidak menyangka dinding rumah mereka sepanjang kira-kira 10 meter pecah dalam kejadian banjir kilat di Kampung Landai, Gulau dekat sini semalam.

Menurut pemilik rumah tersebut, Mohd Zaidi Nayan, 42, kejadian itu berlaku kira-kira jam 7.30 malam, setelah hujan lebat berterusan selama lebih dua jam.

Katanya, ketika kejadian, dia berada di rumah bersama lima anaknya berusia antara 3 hingga 14 tahun manakala ibu, bapa dan seorang adiknya berada di kediaman mereka yang terletak bersebelahan.

“Apabila hujan lebat, saya sempat membawa kereta dan motosikal ke tempat lebih tinggi. Namun selepas itu, tak sangka pula akan datang arus yang sangat deras.

“Melihat keadaan itu ibu, ayah dan adik turut datang berlindung di rumah kami. Bagi memastikan anak-anak dan ibu yang uzur selamat, kami mengambil inisiatif menyusun batu-bata di dapur bagi membolehkan mereka berada di tempat lebih tinggi,” katanya kepada media di sini.

Nani Kartina Abdul Razak, 42, membersihkan rumahnya yang dilanda banjir kilat hingga menyebabkan dinding ruang tamu runtuh di Kampung Landai, Gulau, malam tadi.
Nani Kartina Abdul Razak, 42, membersihkan rumahnya yang dilanda banjir kilat hingga menyebabkan dinding ruang tamu runtuh di Kampung Landai, Gulau, malam tadi.

Mohd Zaidu berkata, mereka terdengar bunyi runtuhan secara tiba-tiba, sebelum mendapati dinding rumahnya sudah pun runtuh hingga mengakibatkan air mengalir lebih deras ke dalam rumah dan menghanyutkan barang-barang.

Selain Sik, hujan lebat yang berlarutan dari petang hingga malam turut menyebabkan kejadian banjir kilat di beberapa daerah lain iaitu Kuala Muda, Yan dan Baling.

Mohd Zaidi menambah, isterinya, Nani Kartina Abdul Razak, 42, pada masa itu tidak berada di rumah kerana bekerja di sebuah kilang di Kuala Ketil, Baling.

“Selama ini, ada juga kejadian kawasan ini dinaiki air kerana kedudukannya yang terletak berdekatan dengan Sungai Sok. Namun ini merupakan yang terburuk pernah dilalui.

“Saya menjangkakan air naik ke paras kira-kira 1.5 meter semalam dan kami akhirnya diselamatkan oleh pihak bomba kira-kira jam 8.30 malam selepas keadaan dilihat agak selamat untuk operasi memindah dilakukan,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, dia menjangkakan mengalami kerugian kira-kira RM30,000 akibat kejadian itu.

“Saya harap kerajaan atau mana-mana pihak dapat membantu membaik pulih rumah yang rosak,” katanya. - Getaran, 29 September 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 hari yang lalu

Puluhan Kereta Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Penampang

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Harga Lembu Korban Di Kedah Kekal Antara RM750-RM800 1 Bahagian

3

Kisah Kita 3 minggu yang lalu

Dulu Hantar Anak Ke Pejabat Agama, Kini Ibu Ayah Terbuka Hati Peluk Islam

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Umum Projek: ‘Saya Tak Pernah Rugikan Kerajaan 1 Sen Pun’ - MB

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Didakwa Bunuh Isteri

Semasa 4 jam yang lalu

Azam Baki Tidak Terlibat Penyebaran Tohmahan Babit Agensi Penguat Kuasa - SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

Semasa 18 minit yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London