web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Saman Mohamed Apandi Terhadap Dr Mahathir Gagal Selesai Melalui Mediasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Sep 2021 6:40PM

Apandi Ali - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes saman Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan akan diteruskan dengan perbicaraan selepas pihak terlibat gagal menyelesaikannya secara baik melalui proses mediasi.

Peguam Datuk Abdul Shukor Ahmad yang mewakili Mohamed Apandi ketika dihubungi pemberita berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan bahawa kerajaan tidak bersetuju untuk menyelesaikan kes itu secara proses mediasi.

“Semasa pengurusan kes secara dalam talian hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Seri Latifah Mohd Tahar menetapkan perbicaraan kes itu pada 18, 20, 21 dan 22 April 2022 dan pengurusan kes selanjutnya pada 5 Nov ini. Pihak plaintif bercadang untuk mengemukakan lima saksi termasuk Mohamed Apandi,” kata Abdul Shukor.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili AGC ketika dihubungi mengesahkan mengenai mediasi itu.

Pada 6 Julai lepas, Abdul Shukor memaklumkan bahawa Mohamed Apandi bersedia untuk menyelesaikan kes samannya itu secara baik menerusi proses mediasi dan telah menyerahkan borang mediasi kepada AGC menerusi e-mel pada 21 Mei.

Dalam pernyataan tuntutan, Mohamed Apandi yang merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan sebelum dilantik sebagai Peguam Negara pada 2015, juga menuntut perisytiharan bahawa defendan pertama (Dr Mahathir) telah menyalahgunakan kedudukannya dan bahawa defendan pertama telah mendorong berlakunya pelanggaran kontrak antara beliau dan kerajaan Malaysia.

Mohamed Apandi memohon ganti rugi khas RM2,233,599.36, ganti rugi am dan teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Dalam pernyataan pembelaan difailkan pada 12 November 2020, kedua-dua defendan itu menegaskan tindakan menamatkan kontrak perkhidmatan Mohamed Apandi sebagai Peguam Negara adalah sah serta mengikut peruntukan undang-undang dan tiada penyalahgunaan kuasa oleh Dr Mahathir dalam hal itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 5 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia