web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PGA7 Tumpas 73 Kes Penyeludupan, Babit Nilai Lebih RM3 Juta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2021 8:43PM

Azhari Nusi menunjukkan sebahagian beras yang dirampas.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RANTAU PANJANG - Dalam tempoh 14 hari, Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) berjaya menumpaskan 73 kes penyeludupan pelbagai jenis, dengan nilai melebihi RM3 juta menerusi Op Benteng COVID.

Pegawai Pemerintah PGA7, Superintendan Azhari Nusi berkata, kes penyeludupan yang ditumpaskan membabitkan dadah, ketum dan barangan kontraban.

Katanya, operasi yang bermula 16 September lalu itu berjaya membawa kepada penahanan 56 individu termasuk rakyat Myanmar dan Thailand.

“Dalam operasi itu, pihak kita turut merampas 58 buah kenderaan pelbagai jenis yang digunakan untuk penyeludupan.

“Antara kes dengan nilai rampasan yang tinggi adalah berkaitan dengan bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), masing-masing melebihi RM1 juta serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjumlah RM433,363.50,” katanya dalam sidang media Op Benteng COVID di Markas Taktikal PGA Lubok Setol, di sini, hari ini.

Dalam pada itu Azhari berkata, pihaknya juga berjaya merampas beras dan hidupan liar di lokasi berasingan di sempadan Malaysia-Thailand, semalam.

Beliau berkata, kes pertama membabitkan serbuan oleh anggota PGA7 bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ke atas sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Limau Purut, Rantau Panjang, jam 4.30 petang.

Azhari Nusi menunjukkan karkas babi dan musang yang dirampas pihaknya.
Azhari Nusi menunjukkan karkas babi dan musang yang dirampas pihaknya.

“Ketika serbuan, pasukan tidak menemui penghuni yang berada di dalam rumah, namun hasil pemeriksaan di sekitar rumah menemui sebuah stor tidak berkunci dan beras pelbagai jenama seberat 2,427 kilogram (kg), bernilai RM11,000 yang disorok.

“Kesemua beras yang dirampas itu diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Agensi Kawal Selia Padi dan Beras Negara untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara 1994,” katanya.

Azhari berkata, kesemua bekalan beras tersebut dipercayai diseludup dari negara jiran melalui pangkalan haram yang berdekatan, dan dikumpulkan di stor berkenaan sebelum dibawa ke lokasi yang dituju.

Jelas beliau, hasil risikan maklumat dan pemerhatian, beras ini didapati dihantar oleh ‘runner’ atau orang yang diupah dengan anggaran RM20 hingga RM30 bagi satu perjalanan, menggunakan kereta atau motosikal.

Dalam perkembangan sama, pihaknya turut merampas karkas babi hutan dan musang yang masing-masing dianggarkan seberat 250 kg dan 27 kg, serta kenderaan dengan nilai rampasan berjumlah RM13,000 pada jam 4 petang semalam.

Katanya, rampasan itu dilakukan menerusi operasi oleh pasukan polis yang sedang menjalankan rondaan di Kampung Jenob, Bukit Bunga, Tanah Merah.

“Kita menahan sebuah kereta jenis Proton Iswara dalam keadaan mencurigakan dan dipandu lelaki berusia 57 tahun, yang gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan atau surat kebenaran daripada Jabatan Perhilitan berhubung muatan dibawa.

“Kesemua barang yang dirampas sudah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Jabatan Perhilitan Kota Bharu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 60 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010,” katanya. - Getaran, 29 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Rampas 3 Treler Berisi 58,000 Liter Minyak Sawit Mentah 

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Ops Mulia: 164 Individu Ditahan, Al-Quran Dan Bahan Ayat Suci Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Jenayah Di Sempadan: PGA Tahan Lebih 1,700 Individu, Rampas Barang Lebih RM119 Juta Tahun Lalu

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia