web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kaedah Penggiliran Ke Sekolah Tidak Akan Tambah Beban Tugas Guru - Radzi Jidin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2021 8:02AM

Radzi Jidin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan kaedah penggiliran ke sekolah dengan memecahkan kelas kepada dua kumpulan pada pembukaan sekolah mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 3 Oktober depan, tidak akan menambah beban tugas pengajaran guru.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata ini adalah kerana guru hanya perlu mengajar secara bersemuka mengenai silibus yang sama, untuk dua kumpulan murid yang berbeza.

“Kaedah pelaksanaan sistem penggiliran ini ialah satu kelas kita pecahkan kepada dua kumpulan, minggu pertama kumpulan A yang datang ke sekolah akan belajar secara bersemuka dengan guru, dan minggu seterusnya kumpulan ini akan belajar di rumah dan perkara yang mereka perlu buat adalah melakukan tugasan seperti aktiviti, buku teks termasuk pembelajaran melalui YouTube yang diberikan guru.

“Sistem ini tidak akan tambah beban tugas guru, sebab guru memang sudah buat persediaan dan rancangan mengajar, mereka hanya kongsikan perkara ini dengan murid untuk buat persediaan di rumah dan bila murid datang semula ke sekolah, guru akan tengok topik mana yang anak murid mereka tidak faham, guru akan bantu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Inklusif: Pengoperasian Sekolah Secara Selamat dan Kondusif yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam tadi.

Jelasnya, kumpulan B akan hadir ke sekolah pada minggu berikutnya untuk mengikuti sesi pembelajaran bersemuka.

Dalam pada itu, Radzi berkata dalam memastikan aspirasi kerangka yang dikeluarkan kementerian dapat dilaksanakan dengan baik, jaringan komunikasi bukan sahaja di peringkat kementerian bahkan di peringkat bawah digunakan sebaiknya.

“Ibu bapa sendiri turut memohon supaya diadakan libat urus sekolah dengan ibu bapa, supaya masing-masing faham apa yang kementerian lakukan.

“Semalam, kami juga ada berjumpa Pengarah Pendidikan dan katakan arahan kami bahawa anak-anak kalau tidak datang sekolah, ada surat tidak akan dikenakan tindakan disiplin, kami sudah pesan janganlah pula nanti keluar surat amaran bila murid tiga hari tidak hadir ke sekolah, diberikan surat amaran,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Guru Langgar Disiplin Perlu Dikecualikan Kenaikan Pangkat Secara 'Time Based' – PM

2

Pendidikan 5 bulan yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

3

Pendidikan 6 bulan yang lalu

Sekolah Padat: KPM Rangka Intervensi Jangka Panjang, Pendek - Fadhlina

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Guru PASTI Dakwa Ditindas: ‘Berikan Hak Kami!’

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia