web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lebih 400,000 Individu Bawah 18 Tahun Dijangkiti COVID-19 Tahun Ini - Khairy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2021 12:35PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lebih 400,000 kes jangkitan COVID-19 melibatkan individu bawah 18 tahun direkodkan tahun ini, meningkat daripada sekitar 12,000 pada tahun lepas.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 252,569 adalah murid sekolah manakala 42,831 lagi melibatkan kanak-kanak prasekolah dan lebih membimbangkan 67 kes kematian telah dicatatkan tahun ini.

“Adalah tanggungjawab kita bersama untuk memastikan anak-anak terhindar daripada COVID-19 dengan memastikan persekitaran selamat buat mereka termasuk mengambil langkah pencegahan dan perlindungan sewajarnya,” katanya dalam ucaptama sempena Webinar Hidup Bersama-sama Virus COVID-19 : Kanak-kanak dan Remaja hari ni.

Khairy berkata bagi melindungi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, kerajaan telah melaksanakan vaksinasi kepada golongan itu sebagai satu ikhtiar untuk melindungi mereka daripada COVID-19.

Berdasarkan perincian portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan 43 peratus atau 1,352,870 remaja telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 setakat semalam.

Khairy berkata walaupun vaksinasi memberikan perlindungan daripada kesan buruk COVID-19, tetapi ia belum mencukupi, sebaliknya pembudayaan amalan normal baharu perlu terus dipraktik bagi mengelakkan risiko jangkitan.

“Antara yang perlu kita amal dan terapkan kepada anak-anak termasuk memakai pelitup muka sepanjang masa; membasuh tangan dengan sabun atau menggunakan pensanitasi tangan; tidak hadir ke sekolah jika bergejala atau mempunyai kontak positif COVID-19 dan melakukan saringan di pintu masuk sekolah,” katanya.

Beliau berkata usaha itu juga adalah satu persiapan dan persediaan warga sekolah serta ibu bapa untuk anak-anak mereka yang akan memulakan sesi persekolahan tidak lama lagi.

Khairy berkata ibu bapa perlu memberikan sokongan dan galakan kepada anak-anak untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sama ada mereka telah divaksin atau tidak selain membudayakan cara hidup sihat antaranya dengan mempraktikkan hidup aktif, makan secara sihat dan selamat serta menjauhi amalan merokok.

“Kesihatan rakyat bergantung kepada kerjasama semua pihak...dalam berhadapan dengan COVID-19 tiada seorang pun yang selamat daripada jangkitan, sehingga setiap orang selamat,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia