web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gangguan Ekosistem Punca Gajah Pygmy Berhijrah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2021 1:21PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Aktiviti penerokaan yang dijalankan di kawasan habitat asal gajah Pygmy menjadi antara punca penghijrahan haiwan berkenaan dari satu lokasi ke lokasi lain sekitar negeri ini.

Pensyarah Kanan Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP), Dr Nurzhafarina Othman berkata, penghijrahan itu termasuk ke kawasan yang didiami penduduk sehingga menimbulkan konflik gajah dengan manusia.

“Mengikut kajian, gajah ini tidak mempunyai pilihan selain terpaksa berhijrah akibat gangguan ekosistem yang berlaku pada habitat mereka.

“Ini menyebabkan kumpulan haiwan berkenaan muncul di kawasan penduduk termasuk kediaman manusia dan ladang sekali gus mendatangkan ancaman keselamatan untuk kedua-dua pihak,” katanya dalam webinar bertajuk ‘Human and Nature - The Natural Bond’ anjuran My STEM Ambassador UMS dengan kerjasama U-Science.

Dr Nurzhafarina Othman
Dr Nurzhafarina Othman

Webinar dalam talian itu bertujuan memahami ekosistem gajah Pygmy dan landskap habitat haiwan berkenaan.

Menurut Nurzhafarina, terdapat lebih seribu gajah Pygmy di sekitar Kinabatangan, Tabin dan bahagian tengah Sabah.

“Satu pasukan khas telah ditubuhkan bertujuan bagi mengatasi konflik antara manusia dan gajah.

“Ia dikenali sebagai Community Elephant Conservation Team, bertujuan membantu dalam memberi khidmat nasihat kepada penduduk di kawasan Kinabatangan, Beluran dan Telupid,” katanya.

Selain itu, tambahnya, usaha bagi merealisasikan Livelihood Insurance for Elephant (LIFE) juga merupakan antara langkah untuk memastikan ekosistem gajah Pygmy terus terpelihara. - Getaran, 30 September 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Membesar Sebagai Kristian, Ini Doa Kevin Zahri Sebelum Hijrah, Menitik Air Mata Netizen Mendengarnya 

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Sarah Hildebrand Segak Mengenakan Uniform Pasukan Tentera Udara Amerika Syarikat! 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Hijrah Ibarat Mendaki Bukit Atau Menaiki Tangga - Nora Ariffin

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Zul Ariffin Hijrah ke Makkah, Rumah 5km Dari Masjidil Haram

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia