web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MOSTI Guna RM314 Juta Peruntukan PICK Setakat 30 Ogos - Dr Adham Baba

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2021 1:51PM

Adham Baba - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM314 juta daripada RM1 bilion peruntukan bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Invonasi (MOSTI) untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dibelanjakan setakat 30 Ogos lepas, kata Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata perbelanjaan itu meliputi kos dan pengoperasian pusat pemberian vaksin (PPV) iaitu perbelanjaan bagi sewaan dan utiliti, pembersihan dan sanitasi, perkakasan dan peralatan pakai habis dan kebajikan petugas di PPV.

Beliau berkata perbelanjaan itu turut digunakan bagi memantapkan rangkaian integrasi data dan sistem untuk proses pemberian vaksin melalui PICK serta usaha meningkatkan jumlah pendaftaran rakyat untuk menerima vaksin di setiap kawasan Parlimen.

“MOSTI, Kementerian Kesihatan dan agensi berkaitan juga sedang menambah baik sistem pengesanan kontak merangkumi sumber data untuk kenal pasti dan menganalisis interaksi serta analisis untuk menentukan butiran risiko penyebaran wabak.

“Selain itu, tracer hub dibangunkan untuk memudahkan pengesanan kontak dan aktiviti sokongan mengukuhkan pengesanan kontak di samping sistem pengurusan vaksin (VMS) bagi penyimpanan rekod data serta aplikasi Vaccine Certificate Verifier bagi memastikan sijil digital vaksin adalah tulen melalui kod QR,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Pandan) mengenai kos PICK dan strategi seterusnya bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Menjawab soalan tambahan Dr Wan Azizah berhubung peruntukan RM60 juta bagi penyelidikan dan pembangunan pembuatan vaksin negara, Dr Adham berkata jumlah itu merangkumi pembangunan semua jenis vaksin untuk manusia dan haiwan.

“Kerajaan juga akan bangunkan satu roadmap atau pelan strategik pembangunan vaksin negara yang akan diumumkan 1 Nov ini oleh Perdana Menteri,” katanya.

Menjawab soalan berasingan yang dibangkitkan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) mengenai jangkaan imuniti kelompok sebanyak 80 peratus, Dr Adham berkata sasaran hampir semua populasi dewasa lengkap vaksinasi sebelum penghujung Oktober ini boleh dicapai.

Beliau berkata MOSTI, menerusi Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), optimis usaha yang sedang dilaksanakan dalam PICK berjalan mengikut landasan dan perancangan yang ditetapkan memandangkan populasi dewasa divaksinasi melebihi 85 peratus setakat semalam.

“Sebagai langkah mempercepatkan vaksinasi, CITF melalui operasi lonjakan kapasiti telah berjaya memvaksinasi hampir semua penduduk dewasa di Lembah Klang.

“Sasaran berfokus kini, adalah memastikan semua negeri mencapai sekurang-kurangnya 60 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi dan hari ini, kita akan capai sasaran itu di Sabah,” katanya menambah CITF terus memberi tumpuan pengagihan bekalan vaksin ke negeri yang mempunyai kes COVID-19 yang tinggi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

3

Politik 3 bulan yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia