web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


18 ‘Ah Long’ Dituduh Terbabit Pinjaman Wang Tidak Berlesen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2021 5:52PM

Sebahagian daripada 18 pekerja syarikat pinjaman wang tidak berlesen yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seramai 18 individu didakwa terbabit dalam aktiviti membantu dan menawarkan pinjaman wang dan menawarkan pinjaman wang tidak berlesen di Mahkamah Majistret Kuantan, di sini, hari ini.

Seramai 14 daripadanya didakwa membantu aktiviti itu, manakala empat lagi didakwa menawarkan pinjaman wang mengelirukan kepada orang awam pada 23 September lalu.

Kesemua tertuduh, Chew Choon How, 37; Nick Tan Yang Peng, 22, William Teng Wei Siang, 22, Chua Kah Kheng, 29, Alfie Quek Choon Ee, 27, Yap Ching Hau, 32, Ng Shi Yun, 32, Wong Chun Wei, 33, Kenson Lim Kian Kai, 29, Yew Ting Xian, 24, Kang Yong Jun, 20.

Khoo Tian Le, 21, Chua Kah Shin, 25 dan Yap Qing Zhen, 26, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Fatinah Abu Bakar.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka didakwa secara bersama-sama didapati membantu aktiviti pemberi pinjaman wang tidak berlesen dengan memiliki kad pinjaman wang tanpa kelulusan di kawasan awam dan memiliki kad mesin juruwang automatik (ATM) pihak ketiga.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Guest House, Lorong Galing 57/3, Perumahan Galing di sini, jam 7 pagi, Khamis lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 29AA Akta Pemberi Wang 1951 dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyah Abdul Wahab dan sabit kesalahan, semua tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun dan dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika didapati bersalah.

Pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin RM10,000 bagi setiap tertuduh, namun peguam mewakili 14 tertuduh, Datuk Zaharman Zainal Abidin dan Badrulzaman Abu Bakar meminta wang jaminan dikurangkan kerana mereka perlu menanggung keluarga masing-masing.

Mahkamah kemudiannya membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, empat tertuduh yang didakwa membantu menawarkan pinjaman wang mengelirukan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di mahkamah berasingan.

Pengakuan itu dibuat tertuduh Lee Han Chai, 44; Loo Chun Kit, 27; Lee Kin Shen, 25 dan Tan Hean Jun, 35 tahun selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ainis Abu Hassan Shaari.

Keempat-empat tertuduh didakwa dengan niat bersama membantu menawarkan pinjaman wang mengelirukan dan tidak jujur dengan bermaksud mendorong atau cuba mendorong mana-mana individu meminjam wang atau bersetuju dengan terma pemberian.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di No 96, Lorong Semambu 9, Taman Sega, dekat sini, pada 23 September lalu, jam 7.15 pagi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 29AA Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM4,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan kes disebut semula 27 Oktober depan.

Pendakwaan bagi kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ain Adilah Muhammad Faizal manakala semua tertuduh diwakili Zaharman. - Getaran, 30 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 5 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia