web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gangguan Bekalan Air, 998 Kawasan Lembah Klang Bakal Terjejas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Oct 2021 6:40PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 998 kawasan di sekitar Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 13 hingga 16 Oktober ini.

Gangguan tersebut berlaku ekoran pelaksanaan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal yang akan menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

Jurucakap Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan, ia mencakupi Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

“Pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air bermula jam 9:00 pagi, 13 Oktober dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9:00 malam, 16 Oktober.

“Pelaksanaan kerja-kerja ini telah tertangguh daripada jadual asal iaitu pada tahun 2019 dan 2020, berikutan insiden pencemaran air yang menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual berskala besar.

“Pelaksanaan kerja berkenaan sudah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi menaiktaraf sistem bekalan air demi keselesaan para pengguna pada masa hadapan,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, Air Selangor memaklumkan, bekalan air akan mula disalurkan kepada para pengguna bermula jam 5:00 petang, 14 Oktober secara berperingkat.

“Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 9:00 malam, 16 Oktober 2021.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di semua kawasan yang terjejas adalah berbeza, bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air,” katanya lagi.

Jurucakap itu memberitahu, pihaknya akan menggerakkan 105 lori tangki air ke semua kawasan berkenaan, dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

“Justeru, Air Selangor ingin menasihatkan para pelanggan yang terjejas untuk menyimpan bekalan secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan.

“Air Selangor juga akan menyediakan 18 pili air awam mulai 14 hingga 16 Oktober untuk kemudahan pelanggan semasa tempoh pemulihan bekalan air,” katanya.

Bagi pelanggan komersial pula, pembelian air menggunakan lori tangki air masing-masing akan dibuka di empat stesen pengisian air setempat.

“Pelanggan komersial boleh membuat pembayaran untuk pembelian air tersebut di semua 10 kaunter khidmat pelanggan Air Selangor.

“Senarai lengkap kawasan-kawasan terjejas, Pili Air Awam dan Stesen Pengisian Air Setempat boleh didapati di laman pautan hentitugas.airselangor.com,” ujarnya. - Getaran, 1 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Kerajaan Pantau Paras Empangan, Pastikan Bekalan Air Cukup

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Air Selangor Dijadual Bayar Balik Pinjaman RM248.7 Juta Bermula 2031

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Gangguan Bekalan Air Di Pangkor Pulih Sepenuhnya, Sedia Terima Pelancong - MB

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia