web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mabuk Ketika Memandu, Pemandu Lori Kontena Ditahan Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2021 8:26PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Seorang pemandu lori kontena ditahan polis kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan bertindak biadab apabila secara agresif cuba merampas kad pengenalan daripada anggota polis yang sedang mengeluarkan saman.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd Roze Shaari berkata, penahanan lelaki berusia 33 tahun itu dibuat kira-kira jam 6 petang semalam, ketika sepasukan anggota polis dari Unit Penguatkuasaan Peronda Lebuh Raya (EMPV) Zon Utara, melakukan pemeriksaan terhadap sebuah lori kontena yang berhenti di Kilometer 106.4, Lebuh Raya Utara Selatan.

Katanya, pemeriksaan dilakukan mendapati pemandu lori tersebut gagal memberi alasan jelas berhubung tindakannya memberhentikan kenderaan terbabit di  lorong kecemasan.

“Dia kemudiannya diterangkan mengenai kesalahan itu di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, namun ketika anggota bertugas hendak mengeluarkan saman, pemandu tersebut merakam gambar menggunakan telefon bimbit serta bertindak agresif merampas kad pengenalannya.

“Pemandu itu diberi amaran agar tidak mengganggu tugas penjawat awam namun dia masih berdegil dan tidak mahu memberi kerjasama. Disebabkan itu, polis menahan pemandu tersebut dan dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk siasatan lanjut,” katanya di sini, hari ini.

Tambah Mohd Roze, hasil ujian dijalankan mendapati paras alkohol dalam nafasnya melebihi had dibenarkan.

Sehubungan itu jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 45(A) APJ 1987 iaitu memandu kenderaan dengan alkohol melebihi had ditetapkan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Sekiranya didapati bersalah katanya, pemandu mabuk boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun, denda antara 10,000 hingga RM30,000 dan hilang kelayakan memiliki lesen untuk tempoh minimum dua tahun bagi sabitan pertama.

“Jika disabitkan dengan kesalahan untuk kali kedua, individu terlibat boleh dipenjara tidak lebih lima tahun, denda antara RM20,000 hingga RM50,000 dan hilang kelayakan lesen untuk tempoh minimum lima tahun.

“Bagi Seksyen 186 Kanun Keseksaan pula, mereka yang disabitkan dengan kesalahan itu boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Mohd Roze dalam pada itu turut mengingatkan orang ramai agar tidak memandu dalam keadaan mabuk kerana perbuatan sebegitu membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain. - Getaran 3 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia