web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Universiti Awam, Sila Kurangkan Yuran Pelajar - KPT

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2021 12:50PM

Datuk Seri Dr Noraini Ahmad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua universiti awam (UA) diharap mematuhi arahan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) supaya memberikan pengurangan yuran pengajian sebanyak 20 peratus kepada setiap pelajarnya bagi semester pertama sesi 2021/2022.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata pengurangan itu selaras usaha KPT untuk terus mempertingkatkan usaha ke arah menjaga kebajikan mahasiswa, khususnya di bawah inisiatif #KPTPrihatin.

“Arahan berhubung pengurangan yuran ini sudah dikeluarkan sebelumnya kepada semua UA berkenaan, justeru pengurusan universiti perlu mematuhinya.

“Dalam situasi pandemik COVID-19 yang menjejaskan kehidupan masyarakat terutamanya daripada segi ekonomi, kenaikan yuran pengajian tidak seharusnya berlaku,” katanya.

Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) baru-baru ini mendakwa terdapat kenaikan yuran pengajian dalam aliran sastera sehingga 128 peratus yang dikenakan ke atas pelajar semester pertama sesi 2021/2022 berbanding tahun sebelum itu.

Menerusi kenyataannya, KMUM memaklumkan kenaikan yuran pengajian itu, mencakupi peringkat Sarjana Muda Perakaunan yang meningkat sehingga 128 peratus, Sarjana Muda Kewangan (43 peratus) serta Sarjana Muda Usuluddin dan Sarjana Muda Syariah, masing-masing 38 peratus.

Sementara itu, Universiti Malaya (UM) menangguhkan kenaikan yuran pengajian sesi 2021/2022 selepas mengkaji semula kepentingan terhadap pelajar.

Naib Canselor UM, Profesor Datuk Dr Mohd Hamdi Abdul Shukor berkata, penangguhan itu dilakukan bagi menjaga kebajikan pelajar dalam situasi pandemik COVID-19.

Katanya, penangguhan itu hanya dilaksanakan semula membabitkan pelajar baharu sesi 2022/2023 pada tahun hadapan.

“Melalui perbincangan diadakan, kita bersetuju bahawa walaupun program ditawarkan UM adalah dalam kalangan terbaik dunia dan memerlukan perbelanjaan tinggi, seperti kos akreditasi yang semakin meningkat, keadaan semasa akibat pandemik COVID-19 memerlukan keputusan kenaikan ini diperhalusi semula.

“UM menyambut hasrat Menteri Pengajian Tinggi supaya kebajikan pelajar diutamakan dan berterima kasih dengan perhatian serta sokongan diberikan beliau,” katanya.

Selain itu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memaklumkan, tiada sebarang kenaikan yuran pengajian dikenakan ke atas setiap penuntutnya.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) UKM, Prof Dr Mohammad Kassim, berkata usaha itu adalah sebagai mematuhi arahan KPT dan tanda keprihatinan universiti berkenaan.

Jelasnya, UKM memahami situasi semasa pandemik COVID-19, terutama membabitkan pelajar golongan B40 yang dibebani kemelut kewangan.

“Yuran tidak dinaikkan ini meliputi semua pelajar, termasuk pra dan pasca siswazah tempatan.

“Selaras saranan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad pada September lalu, UKM turut mengurangkan yuran pengajian sebanyak 20 peratus bagi kemasukan semester 1 sesi 2021/2022,” katanya. - Getaran, 4 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Universiti Swasta Didakwa Hampir Muflis, Gaji Pekerja Tertunggak Sejak November

2

Pendidikan 1 tahun yang lalu

Fokus Bidang Tujahan Melangkaui Kedudukan Penarafan – MQA

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pentadbir Universiti Wajib Rancang SOP Krisis Bekalan Air - Gabungan Mahasiswa

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskusi Ilmiah Disekat, MPP UiTM Cadang Tarikh Baharu Syed Saddiq Temui Mahasiswa

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia