web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Diskusi Ilmiah Disekat, MPP UiTM Cadang Tarikh Baharu Syed Saddiq Temui Mahasiswa

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2023 7:01AM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menghargai dan berterima kasih kepada pihak MPP UiTM kerana turut bersama serta berkongsi pandangan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Selepas disekat daripada mengadakan Program #JelajahMansuhAUKU di UiTM Shah Alam malam tadi, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan beliau menerima cadangan daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti awam (UA) berkenaan untuk melaksanakannya bersama mahasiswa pada tarikh baharu

Katanya, beliau menghargai dan berterima kasih kepada pihak MPP UiTM kerana turut bersama serta berkongsi pandangan.

“Pihak MPP juga menyatakan cadangan secara matang dan akan memberi tarikh baharu untuk diskusi ini diadakan, dengan menjemput panel lain,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, acara itu tidak dapat diteruskan atas sebab tiada kelulusan diterima daripada pihak universiti.

Menurutnya, permohonan berhubung penganjuran itu sudah dihantar sebelum ini kepada pengurusan UiTM dan pihak terbabit menolaknya, dengan alasan mereka ingin menjaga keharmonian serta mahu memberikan fokus kepada program rohani.

Tegasnya, alasan diberikan pihak universiti untuk menolak permohonan terbabit adalah tidak masuk akal, memandangkan beliau ingin turun dan mendengar aduan mahasiswa secara aman, seperti dilaksanakannya di universiti lain.

“Tidak mungkin saya timbulkan kekacauan di UiTM kerana saya juga anak MARA.

“Saya berharap seperti sebelum ini, mesej ini jelas,” katanya

Syed Saddiq berkata, sebelum ini kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi aspirasi supaya hak mahasiswa, kebebasan akademik, kebebasan bersuara serta mengkritik tidak disekat.

“Aspirasi ini harus kita amalkan dan pupuk di lapangan sebenar, bukan hanya sebagai idea di atas, tetapi di bawah masih disekat.

“Reformasi ini harus dilakukan sebetul-betulnya,” katanya.

Semalam, Getaran melaporkan, Syed Saddiq mendakwa wujud beberapa cubaan daripada pengurusan UiTM untuk menghentikan Program #JelajahMansuhAUKU yang dirancang diadakan di Dataran Cendiakawan kampusnya di Shah Alam, malam tadi.

Jelasnya, perkara berhubung sekatan program diskusi ilmiah bakal dihadirinya sebagai panel jemputan untuk dialog bertajuk Intern Bukan Buruh Percuma itu, dimaklumkan penganjurnya, Mahasiswa Demokratik.

Pada 28 Mac lalu, katanya, Timbalan Naib Cancelor UiTM memaklumkan pihak universiti tidak meluluskan program itu atas sebab ‘mengekalkan keharmonian kampus’.

“Pada petang hari sama, UiTM mengeluarkan notis untuk pelajar tidak terlibat dengan aktiviti tidak mempunyai kelulusan universiti melalui ciapan @uitmofficial di Twitter.

“Dan pada hari ini (semalam), tular satu mesej di Whatsapp bahawa pintu pagar Kolej Melati (UiTM) akan ditutup dari 9 malam ini hingga 6 pagi esok, atas masalah ‘teknikal’ yang tidak dapat dielakkan,” katanya.

Mantan Menteri Belia dan Sukan itu berkata, universiti adalah tempat mahasiswa membina jati diri dan melahirkan pemimpin.

Universiti, katanya, haruslah terbuka jika ingin mencapai matlamat itu dan bukan sekadar melahirkan pekerja untuk memenuhi kehendak industri.

Malah, beliau berkata, universiti perlu menjadi tempat memimpin mahasiswa supaya mereka berani mengkritik berasaskan fakta atau alasan, selain tampil kritikal agar dapat memainkan peranan sebagai satu daripada elemen semak imbang kepada kerajaan.

“Cubaan sekatan ke atas program ini jelas sekali bertentangan dengan semangat memperjuangkan kebebasan akademik dibawa kerajaan hari ini,” katanya. – Getaran, 31 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Jelajah 20 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

2

Jelajah 1 bulan yang lalu

3 Tarikan Baharu Berasaskan Marin Di Australia Barat

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

6 Sebab Arab Saudi Adalah Destinasi Percutian Mewah Dan Riadah Hebat Untuk Wanita 

4

Jelajah 2 bulan yang lalu

Keseronokan Berterusan Di Taman Tema Air LEGOLAND® Malaysia Resort! 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah