web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kenyataan Perkauman, Polis Siasat Borhanuddin - Hamzah Zainuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2021 4:45PM

Hamzah Zainuddin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU – Bekas Naib Ketua Persatuan Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Pasir Puteh, Borhanuddin Che Rahim akan berdepan siasatan sekiranya terdapat laporan polis dibuat ke atasnya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bagaimanapun mengesahkan, terdapat beberapa laporan polis dibuat terhadap lelaki itu.

“Dari segi undang- undang jika ada laporan yang dibuat polis akan siasat.

“Oleh kerana ada beberapa laporan yang dibuat di beberapa buah negeri, (siasatan) itu tetap kita akan lakukan,” katanya kepada media selepas program pecah tanah di Ibu Pejabat Polis (IPK) Terengganu, hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan Borhanuddin terhadap pemain badminton wanita perseorangan negara, S Kisona.

Ditanya mengenai tindakan yang akan diambil oleh parti, Hamzah yang juga Setiausaha Agung BERSATU berkata, isu tersebut dianggap selesai selepas Borhanuddin membuat permohonan maaf dan sanggup melepaskan jawatannya.

Katanya, isu tersebut sebenarnya tidak harus dipanjangkan memandangkan ahlinya itu sendiri sudah mengakui kesilapan dilakukan.

“Pada kita (BERSATU), sudah selesai kerana dia sendiri sanggup letak jawatan jadi kita akan panggil dia berhubung perkara tersebut.

“Itulah, kadang kala terlampau emosi menyebabkan (kita) akan keluarkan perkataan yang tidak elok. Tapi tak apalah dia sudah minta maaf. Kita harap ia jadi satu pengajaran kepada yang lain,” katanya.

Borhanuddin semalam membuat permohonan maaf dan bersedia meletak jawatan selepas dikritik teruk kerana kenyataan berbaur perkauman yang ditujukan kepada Kisona, ketika pemain berkenaan sedang beraksi di peringkat separuh akhir kejohanan kempen Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland Sabtu lepas.

Dalam kejohanan itu, Malaysia tumpas 1-3 kepada Jepun sekali gus gagal layak ke peringkat akhir. – Getaran, 4 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia