web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dilema Orang Asli Bagan Lalang, Ke Mana Kaki Harus Dibawa?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2021 8:47AM

Tinya sudah menetap di Bagan Lalang sudah lebih daripada 20 tahun. - Gambar oleh Azim Rahman

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Biarpun takdirnya masih tidak menentu, Tinya Anak Antan, masih setia mendiami pondok yang terletak beberapa kaki sahaja dari pintu gerbang kayu Kampung Orang Asli di Pantai Bagan Lalang.

“Sudah sunyi kampung ini sekarang,” keluh wanita Mah Meri berusia 70 tahun itu.

Wajahnya yang jelas kelihatan dimamah usia itu, gundah-gulana ketika ditemu bual Getaran baru-baru ini.

“Kalau nenek ada rumah, dah lama nenek balik,” ujar Tinya.

Seperti sebilangan kecil yang masih menetap di situ, Tinya mengunci mulutnya apabila disoal tentang notis mengosongkan premis yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah Sepang kepada seluruh penduduk kampung empat bulan lalu.

Rumah pondok yang dibina oleh Tinya sendiri. - Gambar oleh Azim Rahman
Rumah pondok yang dibina oleh Tinya sendiri. - Gambar oleh Azim Rahman

“Kes ni dah masuk mahkamah. Ada hari itu, peguam datang tolong kami,” katanya yang berasal dari Kampung Orang Asli Bukit Bangkong, Sungai Pelek, di sini.

Kalau diikutkan tempoh lanjutan yang diberikan susulan bantahan terhadap pengeluaran notis itu, mereka perlu mengosongkan kampung mereka selewat-lewatnya Jun lalu.

Menurut pihak berkuasa tempatan, kampung tersebut dibina di atas tanah yang dimiliki Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB) dan Majlis Perbandaran Sepang.

Mereka perlu berbuat demikian bagi memberikan ruang kepada satu projek pelancongan.

Pejabat Tanah Daerah Sepang telah mengeluarkan notis untuk Tinya mengosongkan premis empat bulan lalu. - Gambar oleh Azim Rahman
Pejabat Tanah Daerah Sepang telah mengeluarkan notis untuk Tinya mengosongkan premis empat bulan lalu. - Gambar oleh Azim Rahman

Peguam yang bertanggungjawab untuk menguruskan kes mereka ialah Siti Kasim, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis Peguam berkenaan hak-hak Orang Asli.

Kasih Tinya kepada pondok beratap rumbia itu tidak berbelah bagi kerana ia dibina dengan kudratnya sendiri.

“Dua puluh tahun lepas, masa nenek mula-mula datang sini, nenek tidur dalam khemah saja. Lepas itu baru nenek buat pondok kayu. Nenek cari makan di laut masa mula menetap di sini, cari kepah kijing.

“Selepas itu, barulah nenek bekerja di medan selera di pantai (Pantai Bagan Lalang). Nenek jadi tukang sapu, jaga tandas. Gaji RM550 sahaja sebulan,” ujar Tinya yang merupakan penghuni pertama kampung berkenaan.

Menurut pihak berkuasa tempatan, kampung tersebut dibina di atas tanah yang dimiliki Permodalan Negeri Selangor Bhd. - Gambar oleh Azim Rahman
Menurut pihak berkuasa tempatan, kampung tersebut dibina di atas tanah yang dimiliki Permodalan Negeri Selangor Bhd. - Gambar oleh Azim Rahman

Dengan bantuan guaman, beberapa orang penduduk di kampung itu kini sedang dalam proses untuk membantah dakwaan bahawa mereka telah menceroboh, sekali gus membatalkan notis pengosongan tanah milik PNSB.

Dalam dokumen yang difailkan di mahkamah, mereka turut menamakan PNSB, Mangrove Lifestyle Sdn Bhd, Mandira Persada Sdn Bhd, Pengarah Pejabat Tanah Selangor, Kerajaan Selangor, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan kawasan itu bukanlah kampung asal suku terbabit, sebaliknya ia merupakan pos sementara untuk memudahkan mereka berulang-alik dari kampung asal ke tempat kerja di Bagan Lalang.

Meskipun begitu, bagi Tinya inilah rumahnya.

“Nenek suka duduk dekat dengan laut. Nak cari kepah, nak cari kijin senang,” katanya. - Getaran, 5 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Gaya 6 bulan yang lalu

Jualan Baju Raya Dalam Talian Tidak Jejas Tukang Jahit Orang Asli

2

Gaya 11 bulan yang lalu

Pereka Fesyen Beri Penjelasan Berhubung Pertunjukan Mah Meri

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Mayat Orang Asli Dipercayai Dibaham Harimau Ditemukan Di Kawasan Cerun

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Bomba Terbangkan 2 Pesakit Orang Asli Ke Hospital Gua Musang

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia