web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pereka Fesyen Beri Penjelasan Berhubung Pertunjukan Mah Meri

Anuar Faizal turut merujuk buku tulisan Profesor Roland Werner bertajuk ‘Mah Meri Of Malaysia: Art And Culture’ yang menyatakan dengan jelas bahawa topeng terbabit hanya digunakan sebagai hiburan dalam pelbagai acara seperti tarian dan perkahwinan

Gaya Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2023 12:41PM

gambar @anuarfaizalofficial

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pertunjukan fesyen Mah Meri by Anuar Faizal x Keretapi Sarong by Locco yang diadakan bersempena dengan CIMB Artober Fashion Week 2023 pada 8 Oktober lalu, dilaporkan mengundang kecaman daripada warga net, selain membangkitkan kemarahan komuniti Orang Asli Mah Meri sendiri.

Susulan itu, masyarakat Orang Asli Mah Meri di Sungai Bumbun membuat laporan polis berikutan tindakan Anuar Faizal meletakkan topeng ritual suku kaum itu pada model tanpa baju untuk koleksi terbaharunya.

Anuar Faizal
Anuar Faizal

Menurut laporan yang dibuat di Balai Polis Teluk Panglima Garang di Hulu Langat pada 11 Oktober lalu, Pengerusi Kampung, Azman Sap mendakwa koleksi terbaharu itu seolah-olah mempermainkan tradisi suku kaum itu.

“Saya membuat laporan selepas melihat imej yang dimuat naik oleh Anuar Faizal di akaun Instagram yang memaparkan beberapa model lelaki memakai topeng Mah Meri. Kami berang dengan tindakannya.

“Setiap topeng semangat mempunyai fungsi tertentu dan tidak boleh disentuh atau dimainkan. Pereka fesyen sepatutnya meminta kebenaran daripada Tok Batin (ketua kampung) atau mana-

mana ahli jawatankuasa kampung sebelum mengarak koleksinya,” ujar Azman kepada Malaysiakini.

Buku tulisan Prof Roland Werner yang menjadi rujukan Anuar Faizal.
Buku tulisan Prof Roland Werner yang menjadi rujukan Anuar Faizal.

Kenyataan Azman itu turut mendapat perhatian daripada Anuar Faizal. Ketika dihubungi baru-baru ini, dia menjelaskan dakwaan itu adalah tidak berasas kerana sebagai pereka fesyen dia sudah membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum menghasilkan sesuatu rekaan.

“Buku tulisan Profesor Roland Werner bertajuk Mah Meri Of Malaysia: Art And Culture menulis secara jelas bahawa topeng ini hanya digunakan dalam tarian, acara sambutan dan perkahwinan sebagai hiburan.

“Tiada rekod yang menyatakan topeng ini adalah untuk disembah atau boleh dipegang atau digunakan oleh orang tertentu sahaja. Tiada juga undang-undang yang menyatakan

adalah menjadi satu kesalahan, jika sesiapa selain Mah Meri menggunakan, memakai atau memegang topeng Mah Meri,” ulas Anuar.

Antara bahan rujukan Anuar Faizal ketika menghasilkan rekaan Mah Meri.
Antara bahan rujukan Anuar Faizal ketika menghasilkan rekaan Mah Meri.

Malah, beliau juga menjelaskan bahawa topeng dan ukiran Mah Meri sudah lama menjadi produk komersial, malah produk berkenaan boleh dibeli dan dimiliki oleh sesiapa sahaja.

Bahkan, tiada satu garis panduan mengenai penggunaan topeng tersebut selepas ia dimiliki oleh pembeli.

“Topeng Mah Meri ini telah digunakan secara meluas untuk acara seni hiburan sama ada tarian, filem dan dokumentari, sama ada oleh orang Mah Meri sendiri atau bangsa lain,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Anuar menjelaskan koleksi baharu yang diinspirasikan daripada budaya kaum Mah Meri itu bertujuan memartabatkan kaum Mah Meri yang semakin terpinggir dan hidup dalam keadaan serba kekurangan. - Getaran, 16 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Budaya 2 tahun yang lalu

Memperkasa Pengukir Orang Asli Malaysia

2

Budaya 2 tahun yang lalu

Diari Getaran Minggu Ini

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Dilema Orang Asli Bagan Lalang, Ke Mana Kaki Harus Dibawa?

4

Gaya 3 tahun yang lalu

Anuar Faizal Tampilkan Kelainan Dengan Himpunan ‘One & Only’ Aidilfitri Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia