web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Diari Getaran Minggu Ini

Getaran berkongsi aneka acara yang berlangsung minggu ini dan minggu hadapan. Ada yang di lokasi dan ada dalam talian. Apa pun, jangan lupa patuhi SOP yang ditetapkan!

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2021 9:53AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konsert Rockestra Nostalgia 

Saksikan konsert yang bakal menggabungkan beberapa artis senior seperti Ruhil, Rahim Maarof, Man Bai, Ito Blues Gang, Rahmad Mega dan Asheeed Def-Gab-C di pentas yang sama.

Tarikh: 30 Oktober 2021

Masa: 9.00 malam

Lokasi: Panggung Anniversary, Taman Botani Perdana Kuala Lumpur

Tiket: Percuma 

Maklumat lanjut: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 

Tapaufest

Pengalaman Festival Online menampilkan pembikin karya indie dari Malaysia, Singapura dan Indonesia dengan tujuan menyatukan komuniti untuk bersama menyahut #lifeislive!

Tarikh: 30 Oktober 2021

Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 malam

Lokasi: Dalam Talian

Tiket: Bermula dari RM30

 Maklumat lanjut: Tapaufest 

Konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan Malaysia Bersama Bintang… Misha Omar 

Saksikan persembahan bintang tersohor Misha Omar yang bakal mendendangkan lagu-lagu popularnya sambil diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan Malaysia di Istana Budaya.

Tarikh: 30 Oktober 2021

Masa: 8.30 malam

Lokasi: Istana Budaya

Tiket: Bermula dari RM88

Maklumat Lanjut: Istana Budaya 

Panggung Rakyat @ Seni Tradisional dan Budaya Mah Meri

Program ini bertujuan untuk menarik para penonton untuk lebih menyelami kesenian, meraih pandangan serta perbualan yang menyatukan rakyat melalui seni dan budaya Mah Meri serta memberi pengalaman seni yang mengasyikkan kepada semua.

Tarikh: 9 Oktober - 24 Disember 2021

Masa: 8.30 malam

Lokasi: Dalam talian

Tiket: Percuma

Maklumat Lanjut: Bandar Aktiviti Seni Kuala Lumpur 

Kok Yew Puah Portrait of A Malaysian Artist

Singkap karya seni halus Kok Yew Puah di pameran yang akan berlangsung sehingga tahun hadapan.

Tarikh: 12 Oktober 2021 - 3 April 2022

Masa: Selasa - Sabtu, 11.00 pagi - 7.00 petang, Ahad 11.00 pagi - 5.00 petang. (Tutup setiap Isnin dan cuti awam)

Lokasi: Ilham Gallery, Tingkat Lima Ilham Tower, Jalan Binjai 

Tiket: Percuma

Maklumat lanjut: Ilham Gallery 

HAIL RETURN #2 (The Re-Opening Series) ft. Wobbebongmusic & ProjectSkylate

Persembahan kumpulan muzik di bawah konsert Hail Return yang menampilkan dua sesi kendalian kumpulan Wobbebongmusic dan ProjectSkylate

Tarikh: 30 Oktober 2021

Masa: 5.30 petang (sesi 1) dan 8.00 malam (sesi 2)

Lokasi: Livefact KL, 6-2&M JalanPJU5/21 The Strand, Kota Damansara

Tiket: Bermula dari RM35 satu sesi

 Maklumat lanjut: Livefact

Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2021

Satu minggu yang penuh gaya dan glamor menampilkan rekaan busana terhebat nukilan pereka fesyen tersohor negara yang bakal diwarnai selebriti, model, penggiat fesyen dan orang kenamaan.

Tarikh: 3 - 7 November 2021

Masa: 12.00 tengah Hari hingga malam 

Lokasi: Ruang legar utama Pavilion Kuala Lumpur 

Tiket: Percuma

Maklumat lanjut: Klfashionweek

Berita Berkaitan

1

Gaya 11 bulan yang lalu

Pereka Fesyen Beri Penjelasan Berhubung Pertunjukan Mah Meri

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Ogy Nak Menyanyi Lagu Miley Cyrus, ‘Comeback’ New Boyz Buat Peminat Histeria Di Konsert Jelajah Suria

3

TARA 2 tahun yang lalu

Debut Arunsayfull Di Pentas KLFW Penuh Gah Nan Mewah

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Berani! Alicia Amin Lakukan Protes Di KL Fashion Week

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia