web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


223,990 Panggilan Talian Bantuan Sokongan Psikososial Perlukan Sokongan Emosi, Kaunseling

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Oct 2021 2:19PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 223,990 panggilan diterima menerusi Talian Bantuan Sokongan Psikososial sehingga 19 September lepas, dengan 80.8 peratus pemanggil memerlukan sokongan emosi dan kaunseling, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata panggilan itu meliputi isu berkaitan kehilangan pekerjaan, tiada sumber pendapatan, konflik keluarga dan masalah hubungan interpersonal.

“Selain itu, isu lain termasuk stigma jangkitan, isolasi serta kurang akses perkhidmatan bantuan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff yang ingin tahu usaha kerajaan bagi menangani isu kesihatan mental rakyat yang berdepan dengan pandemik COVID-19.

Dr Noor Azmi berkata Talian Bantuan Sokongan Psikososial yang diwujudkan itu adalah antara inisiatif kerajaan sebagai penambahbaikan terhadap pengurusan kesihatan mental sedia ada.

“Selain itu, penambahan sejumlah 200 pegawai psikologi kaunseling pada Oktober tahun lepas secara kontrak di peringkat daerah dan Klinik Kesihatan bagi memberikan perkhidmatan kesihatan mental dan sokongan psikososial di 1,191 Klinik Kesihatan seluruh negara.

“KKM juga mengukuhkan program promosi dan pencegahan kesihatan mental di peringkat primer termasuk perkhidmatan saringan, intervensi dan rawatan kesihatan mental bagi meningkatkan pengesanan awal individu yang alami masalah ini,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Gaya 10 bulan yang lalu

Dr Wan Azizah, Rose Blackpink Bincang Isu Kesihatan Mental Di APEC

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Jaga Kesihatan Mental, Emosi Ketika Layari Berita, Gambar Dari Gaza - Fahmi

3

Semasa 11 bulan yang lalu

KKM Bakal Wujudkan Pelan Tindakan Kesihatan Mental Kanak-Kanak, Remaja - Menteri

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Stigma, Diskriminasi Halang Akses Rawatan, Penjagaan Kesihatan Mental

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia