web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bergelut Dengan Polis, Pengedar Dadah Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2021 12:48PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki disyaki pengedar dadah meninggal dunia selepas bergelut dengan polis dalam satu serbuan yang dilakukan di sebuah rumah dekat flat Taman Dato Senu, Sentul, semalam.

Dalam serbuan jam 5 petang itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Sentul menyerbu rumah lelaki terbabit selepas disyaki terlibat dengan aktiviti berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, ketika serbuan, suspek berusia 45 tahun itu bertindak agresif dengan mencapai sebilah sabit dan hendak menyerang pihak polis yang cuba menahannya.

Menurut beliau, pihak polis hanya menggunakan kekerasan minima untuk menangkap suspek dan merampas senjata digunakan.

“Sebaik suspek berjaya ditahan, pihak serbuan menjalankan pemeriksaan di dalam rumah berkenaan dan merampas dadah jenis metafetamin seberat 51.24 gram dan heroin seberat 1.97 gram.

“Pada masa sama, suspek tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri,” katanya hari ini.

Azmi berkata, suspek disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang dipanggil ke lokasi selepas dimaklumkan berhubung kejadian.

“Kematian suspek diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga laporan bedah siasat diperoleh daripada pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Bagi penemuan dadah terbabit, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. - Getaran, 6 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia