web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sasaran Vaksinasi Hampir Dicapai, Rentas Negeri Bakal Jadi Kenyataan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2021 3:07PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Harapan orang ramai untuk balik kampung selangkah menjadi kenyataan apabila sasaran 90 peratus vaksinasi untuk populasi dewasa hampir dicapai.

Statistik COVIDNOW mendapati, 20,698,852 atau 88.4 peratus individu berusia 18 tahun ke atas telah melengkapkan dos vaksin COVID-19 masing-masing setakat Selasa, menjadikan sasaran tersebut hanya berbaki 1.6 peratus sahaja lagi.

Pada masa sama, kira-kira 94.5 peratus lagi sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Perkembangan positif itu sekali gus memberi gambaran bahawa sasaran 90 peratus boleh dicapai sekurang-kurangnya minggu ini.

Susulan itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menggesa orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman melakukan ujian kendiri COVID-19 (RTK) sebaik sahaja kebenaran merentas negeri diberikan.

Menerusi ciapan di Twitter hari ini Khairy berkata, tindakan tersebut perlu dilakukan bagi memastikan mereka bebas virus berbahaya itu sebelum bertemu ibu bapa yang sudah berusia.

Menurut beliau, individu yang sering terdedah kepada virus tersebut turut digalakkan untuk melakukan ujian tersebut secara berkala.

“1.6 peratus sebelum sempadan antara negeri dibuka. Semasa Kementerian Kesihatan telah beralih ke ujian simptomatik, kami menggalakkan individu yang berada dalam persekitaran hubungan dan mobiliti tinggi untuk melakukan ujian secara berkala.

“Sekiranya anda ingin pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu bapa berusia, lakukan ujian air liur RTK. Jaga keselamatan mereka,” katanya.

Tegas beliau, kejayaan negara membendung penularan COVID-19 sebaik sahaja aktiviti merentas negeri dibenarkan bergantung kepada sikap dan tanggungjawab semua rakyat.

“Ketika kita beralih ke fasa endemik, kita tidak perlu melibatkan pihak polis dan sebagainya bagi membuat sekatan jalan raya untuk memastikan anda sudah lengkap menerima vaksin atau melakukan ujian.

“Kini segalanya bergantung pada tanggungjawab dan tingkah laku setiap individu. Saya yakin kita boleh menghadapi cabaran ini #Reopening Safely,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, kelonggaran rentas negeri akan diberikan apabila kadar vaksinasi populasi dewasa mencecah 90 peratus, berdasarkan data dan analisis dibuat Kementerian Kesihatan.

Perkara berkenaan diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri pada 22 September lalu. - Getaran, 6 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia