web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mayat Terakhir Bot Karam Ditemui Terapung

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Oct 2021 11:08PM

Mayat Awang Omar ditemukan terapung pada jarak 3.7 batu nautika utara dari bot tersebut karam petang tadi.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Mayat Awang Omar Awang Hamsawi, 59, mangsa terakhir tragedi bot karam di Pulau Satang ditemukan petang tadi, ketika Operasi Mencari dan Menyelamat memasuki hari kelima. 

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuching menerima panggilan dari sebuah bot pemancing yang memaklumkan penemuan satu objek terapung pada jam 4.22 petang.

Menurut beliau, mayat pembantu tekong itu ditemui pada jarak 3.7 batu nautika dari lokasi kejadian. 

"Mayat berkenaan dibawa oleh pasukan penyelamat ke jeti Telaga Air dan diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya hari ini.

Lokasi di mana mayat Awang Omar ditemui.
Lokasi di mana mayat Awang Omar ditemui.

Beliau berkata, pengesahan mayat telah dilakukan oleh pasukan Forensik PDRM bersama waris di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan kad identiti turut ditemui pada mangsa.

"Maritim Malaysia mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa dan semoga segala urusan dipermudahkan.

"Kita merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua agensi sahabat yang terlibat dalam operasi ini, petugas dari pelbagai jabatan dan agensi serta komuniti maritim tempatan," ujarnya.

Zin Azman turut menasihatkan komuniti maritim agar tidak turun ke laut buat masa sekarang memandangkan keadaan cuaca yang kurang baik, susulan peralihan Monsun Timur Laut bermula dari Oktober ini hingga Mac 2022.

Dalam kejadian Sabtu lalu, sembilan termasuk tekong selamat, manakala seorang lagi hilang selepas bot yang dinaiki ketika pergi memancing karam berdekatan perairan Pulau Satang.

Mangsa yang selamat ialah lapan pemancing iaitu Amri Abdullah, Mohd Asri Ibrahim, Muhammad Redzuan Rasul, Zaharudin Yusoff, Mohamad Faris Azizan, Mohd Sahrin Sahir, Mohd Firdaus Mohd Denan, Rais Yahya dan tekong bot dikenali sebagai Baki. - Getaran, 6 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia