web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Akan Nilai Risiko Semasa Sebelum Buka Pintu Sempadan Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2021 12:16PM

Ismail Sabri berkata, KKM juga akan mengambil kira maklumat situasi COVID-19 dari negara asal pengembara sebelum membenarkan kemasukan mereka. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) akan terlebih dahulu membuat penilaian risiko semasa jangkitan COVID-19 di dalam negara sebelum membuka pintu sempadan negara kepada pengembara warga asing.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, KKM juga akan mengambil kira maklumat situasi COVID-19 dari negara asal pengembara sebelum membenarkan kemasukan pengembara dari negara yang berkenaan.

“Kemasukan warganegara dan warga asing seperti pelajar, diplomat, golongan profesional serta pelabur asing telah pun mula dibenarkan bermula pada Jun 2020 semasa Fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ketika itu.

“Walau bagaimanapun, kebenaran masuk ini adalah tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) dan syarat-syarat yang telah ditetapkan termasuklah keperluan menjalani kuarantin wajib di pusat-pusat kuarantin yang telah disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Senator Datuk Razali Idris di Dewan Negara hari ini.

Razali bertanya sejauh manakah persediaan bagi negara ini membuka pintu sempadan negara sebaik kadar kes harian COVID-19 berkurangan dan apakah wajar SOP membenarkan pengembara tempatan dan warga asing lengkap dua dos vaksin yang pulang atau tiba dari luar negara, menjalani kuarantin wajib di rumah sahaja.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata di bawah Pelan Pemulihan Negara, kerajaan sentiasa menambah baik Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan perkara tersebut.

“Bermula pada 12 Ogos lalu, pengembara warganegara dan bukan warganegara yang telah menerima imunisasi lengkap boleh membuat permohonan untuk menjalani kuarantin wajib di rumah atau tempat kediaman.

“Namun, kebenaran ini hanya boleh diberikan tertakluk kepada penilaian risiko oleh KKM dan pemohon masih perlu menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum diberikan kebenaran tersebut,” katanya.

Malah beliau berkata, persediaan melalui garis panduan terperinci serta penilaian risiko oleh KKM akan dijalankan terhadap setiap pengembara berdasarkan kepada permohonan untuk kuarantin di rumah atau tempat kediaman.

“Kerajaan sentiasa memberikan keutamaan terhadap pematuhan SOP, meningkatkan penerapan amalan kawalan kesihatan awam dan penekanan kepentingan suntikan imunisasi kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Jelas beliau lagi, kerajaan telah melakukan pelbagai persediaan serta kelonggaran yang diberikan dibuat secara berhati-hati dengan mengambil kira perkembangan di seluruh dunia dan juga keutamaan untuk pemulihan ekonomi.

“Akhir sekali, di dalam Dewan yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua rakyat Keluarga Malaysia, kerana telah bersama-sama pihak kerajaan dalam usaha pemberian vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Saya jangka, sedikit masa lagi, sasaran kita untuk mencapai 90% penduduk divaksinasi akan dapat dicapai.” - Getaran, 7 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia