web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Negeri Melaka Berfungsi Seperti Biasa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Oct 2021 5:09PM

Ts Kamel (kiri) beramah mesra bersama masyarakat Orang Asli ketika mengadakan lawatan Program Outreach Vaksinasi JAKOA Melaka di Kampung Solok Bukit Putus, Kuala Sungga Tebong di sini hari. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-14, kelmarin, tidak menjejaskan fungsi kerajaan negeri sebaliknya berjalan seperti biasa tanpa campur tangan politik.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ts Kamel Mohamad berkata, pihaknya tidak berdepan sebarang masalah dan sehingga kini semua fungsi, dasar dan agenda pembangunan kerajaan negeri berjalan seperti biasa.

Beliau berkata, produktiviti perkhidmatan awam negeri juga turut dipertingkatkan bagi memberi fokus kepada Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Setakat ini kita tidak berdepan masalah dan agenda pembangunan ekonomi Melaka berjalan seperti biasa selain pengurusannya dilaksanakan oleh semua penjawat awam.

“Walaupun DUN telah dibubarkan, kita kena pastikan denyut nadi negeri Melaka terus bergerak, malah kakitangan awam akan terus berkerja dalam satu pasukan untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing," katanya selepas meninjau proses vaksinasi COVID-19 masyarakat Orang Asli di Taman Kejora, hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai pertikaian pihak tertentu tentang keabsahan kerajaan sementara Melaka, beliau memaklumkan perkara itu akan dinilai menerusi proses perundangan negeri.

“Berkenaan isu ini (keabsahan) saya pasti kita ada perlembagaan dan sistem perundangan akan lihat daripada pelbagai sudut.

“Namun saya percaya penjawat awam akan terus berkhidmat supaya agenda kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonomi Melaka berjalan seperti biasa,” katanya.

DUN Melaka dibubarkan selepas mendapat persetujuan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam susulan empat ADUN kerajaan pada Isnin, mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali iaitu Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas). - Getaran, 7 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Teman Lelaki Direman 7 Hari

4

Semasa 3 bulan yang lalu

2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia