web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Siasat Akaun Twitter Khalid@Khalids

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2021 7:42AM

Abd Jalil Hassan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan siasatan terhadap pemilik akaun Twitter khalid@khalids yang didakwa mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai senarai kematian guru disebabkan vaksin COVID-19 susulan laporan polis oleh Kementerian Kesihatan (KKM) semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata siasatan itu dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menfitnah, Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana dengan niat hendak mengapikan atau yang mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain.

“Pemilik akaun berkenaan turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penyalahgunaan tidak wajar kemudahan rangkaian,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata ciapan yang dimuat naik mengenai kematian 41 guru akibat vaksin COVID-19 semalam telah mengundang pelbagai reaksi dan maklum balas warganet.

"PDRM menasihati orang ramai supaya cakna dan peka terhadap pihak yang cuba mengganggu kelancaran program vaksinasi COVID-19 yang sedang dilaksanakan kerajaan dan orang ramai juga digesa menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah serta tidak menggunakan platform terbabit untuk menyebarkan maklumat yang belum dipastikan kesahihannya,” katanya.

Abdul Jalil juga berkata tindakan tegas bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman dan keselamatan awam.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di Twitter berkata beliau telah mengarahkan KKM membuat laporan polis terhadap pengguna laman sosial itu yang didakwa menyebarkan berita palsu berkaitan vaksin COVID-19.

Sebelum ini, tular video berdurasi 31 saat yang memaparkan hantaran dilakukan pengguna Twitter berkaitan senarai kematian guru sekolah akibat divaksinasi.

Bagaimanapun, semakan Bernama terhadap akaun Twitter terbabit mendapati ia gagal diakses.

Bernama difahamkan laporan polis itu dibuat oleh pegawai KKM di Balai Polis Presint 7, Putrajaya pada kira-kira 9.45 malam. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia