web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kematian Adib, Umum Dapatan Kes Secara Terbuka - Zahid Hamidi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Oct 2021 12:16PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dapatan kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim harus diumumkan secara terbuka supaya rakyat dapat mengetahui perkembangan kes secara telus, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Presiden UMNO itu, setelah hampir tiga tahun berlalu akhirnya sebuah jawatankuasa khas dibarisi tiga kementerian ditubuhkan bagi menyiasat kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Beliau berkata, mereka menaruh keyakinan tinggi terhadap keupayaan jawatan khas yang turut dianggotai Peguam Negara untuk merungkai kes berkenaan dengan segera.

“Penubuhan jawatankuasa khas ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan kes kematian Allahyarham Adib, 24, yang juga anggota unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, menerima keadilan.

“Ia merupakan kejayaan awal buat rakyat yang sejak sekian lama menuntut keadilan untuk Allahyarham dan mahu pihak yang menyebabkan kematiannya dibawa ke muka pengadilan,” katanya hari ini.

Bagaimanapun jelas Ahmad Zahid, pihaknya berharap tempoh enam bulan yang ditetapkan oleh kerajaan itu dapat dipercepatkan.

“Rakyat telah menunggu begitu lama untuk mendapatkan komitmen yang jelas dan tegas oleh kerajaan dalam memastikan kes kematian anggota bomba itu terbela,” ujarnya. - Getaran, 10 Oktober 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 27 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 57 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global