web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Teraju Kerusi Panas, KJ Akui Mental Terkesan 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2021 4:59PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun aktif dan bersahaja ketika di depan kamera, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengakui tidak dapat lari daripada berdepan masalah kesihatan mental.

Menurut beliau, kesihatan mentalnya sedikit sebanyak terjejas selepas menggalas tugas penting di Kementerian Kesihatan (KKM).

“Ya sudah tentu, saya dah duduk kerusi panas Menteri Kesihatan ini selama sebulan lebih. Dan saya tak sebut kesihatan mental saya terkesan, saya rasa tipulah.

“Tekanan kerja itu sebahagian daripada kesihatan mental tapi anda perlu tahu cara bagaimana untuk mengawal tekanan. Individu yang ada peranan di khalayak ramai atau pegawai kerajaan mestilah akan menonjolkan imej berkeyakinan, namun demikian ia bukan bermaksud kami bebas tekanan, saya rasa amat penting untuk kita ada avenue (saluran),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi soal jawab Majlis Pelancaran:Pelan Strategik Kesihatan Mental (2020-2025) Dan Kempen Media Let’s Talk Minda Sihat Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2021 secara live di Facebook KKM, petang ini.

Menurut beliau, ancaman COVID-19 ketika ini turut menyumbang kepada masalah kesihatan mental di kalangan rakyat di negara ini.

“Sebenarnya isu ini bukan isu baharu. Sejak 2019 hampir setengah juta individu berusia 16 tahun ke atas mengalami masalah kemurungan.

“Mereka ada depresi, ia bukan satu angka yang kecil. Saya percaya lebih ramai lagi lebih-lebih lagi ketika pandemic COVID-19. Ada yang kehilangan keluarga, hilang sumber ekonomi dan dengan adanya lockdown serta kerisauan terhadap wabak ini, ia turut menyebabkan cubaan membunuh diri meningkat,” katanya.

Khairy berkata, individu yang mengalami masalah kesihatan mental perlu mendapatkan bantuan rawatan professional pada kadar segera.

“Saya rasa sesiapapun tak kira ahli politik ke, sesiapa pun kita (perlu) untuk meluahkan perasaan masing-masing.

“Kalau kita tak dapat kawal emosi dan perasaan, kita dapatkan bantuan profesional, tiada yang salah dengan perkara itu,” tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut berkongsi beberapa tip kepada orang ramai mengenai cara beliau menangani masalah tersebut, termasuk kaedah kerohanian yang sering dilakukannya.

“Setiap individu mempunyai pendekatan berbeza. Ada menggunakan kaedah kerohanian sebagaimana saya lakukan.  Ada juga sokongan keluarga dan tidak kurang juga mendapatkan psikoterapi.

“Tapi bagi saya, setiap hari anda bukan saja perlu ada masa untuk unplug peranti tapi semua tekanan mental berkaitan kerja yang sedang kita fikirkan. Berdoa, lakukan yoga dan meditasi. Anda pilih waktu rahsia dengan diri sendiri. Itu amat penting,” katanya. - Getaran, 10 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia