web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kalang Warisan Tarikan Baharu Terengganu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2021 12:44PM

Pusat Rekreasi Kalang Warisan, Pulau Manis, menjadi tarikan destinasi pelancongan yang terbaharu di negeri itu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Pusat rekreasi Kalang Warisan, Pulau Manis menjadi tarikan destinasi pelancongan yang terbaharu di negeri itu.

Penyelaras Kalang Warisan, Rafi Kori berkata, kawasan itu dibangunkan oleh penduduk setempat untuk dijadikan sebagai produk Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT).

“Tempat ini pada mulanya hanya digunakan sebagai lokasi beriadah penduduk setempat namun ia dibangunkan untuk dijadikan sebagai produk CBT selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama.

“Kalang Warisan beroperasi secara rasmi pada Julai tahun lepas dan sejak dibuka, boleh dikatakan kawasan itu dapat menarik sekurang-kurangnya 1,000 pengunjung sehari,” katanya kepada Getaran.

Beliau berkata, kecantikan kawasan di tebing Sungai Terengganu itu menjadi tarikan buat pengunjung untuk datang beriadah.

Pengunjung juga katanya, ditawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti menaiki bot, berkayak, memanah dan membeli produk kraftangan tempatan.

“Kita juga ada buat konsep berkelah di tepi sungai yang sangat mendapat sambutan dari orang ramai,” katanya.

Paling penting jelas Rafi, Kalang Warisan juga membantu penduduk kampung terjejas pendapatan kerana pandemik COVID-19.

Namun beliau berkata, mereka turut tidak terlepas daripada cabaran apabila pusat rekreasi itu terpaksa ditutup beberapa kali susulan pelaksanaan PKP.

“Kalang Warisan baru dibuka semula pada bulan ini selepas ditutup lebih tujuh bulan, namun kita sedikit takut risiko penyebaran COVID-19 memandangkan kes masih tinggi di negeri ini.

“Tapi kita tiada pilihan untuk buka juga bagi membantu ekonomi penduduk setempat. Disebabkan itu, kami sangat berjaga-jaga dan memastikan prosedur operasi standard (SOP) diamalkan sepenuhnya,” katanya.

Kalang Warisan tidak mengenakan sebarang bayaran masuk, melainkan jika mahu melakukan aktiviti seperti menaiki bot atau berkayak. - Getaran, 11 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia