web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gajah Pygmy Betina Ditemui Mati, Kegagalan Organ Menjadi Punca

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Oct 2021 6:46PM

Bangkai haiwan tersebut dijumpai sekumpulan penyelidik sekitar jam 8.30 pagi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KINABATANGAN - Seekor gajah pygmy betina ditemui mati di kawasan Sanktuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan berhampiran Sungai Resang, Sukau, Sabtu lalu.

Bangkai haiwan tersebut dijumpai sekumpulan penyelidik sekitar jam 8.30 pagi, yang kemudiannya membuat laporan polis berhubung penemuan tersebut.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, sepasukan polis diarah ke lokasi untuk siasatan, susulan laporan.

Menurut beliau, kehadiran pihak berkuasa di lokasi turut diiringi petugas Jabatan Hidupan Liar (JHL), Unit Penyelamat Hidupan Liar Kinabatangan dan Unit Veterinar Sepilok.

“Pemeriksaan awal ke atas gajah yang dianggarkan berusia 25 tahun itu mendapati, haiwan terbabit dipercayai mati dalam tempoh tiga hingga empat hari lalu.

“Pemeriksaan juga mendapati tiada organ yang hilang dan hasil bedah siasat mengesahkan, punca kematian diakibatkan keradangan teruk sehingga menyebabkan kegagalan organ,” katanya.

Getaran diberitahu, siasatan lanjut masih berjalan mengikut Seksyen 25(1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997. - Getaran, 11 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Anak Gajah Mati Dilanggar Di JRTB

2

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Aduh Buat Hal La Motor Ni...

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Lelaki Bersenjata Api Disyaki Penjenayah Maut Ditembak

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Lelaki Miliki 16 Rekod Jenayah Maut Ditembak Polis

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia