web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Bersenjata Api Disyaki Penjenayah Maut Ditembak

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2024 8:20AM

Fisol Salleh (kanan) melihat barang yang dirampas dari kereta milik suspek - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JITRA  - Seorang lelaki yang bersenjata api, disyaki penjenayah, maut dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Jalan Bukit Kechil, Napoh dekat sini petang semalam. 

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata dalam insiden pada 5.30 petang itu, sepasukan polis Bahagian D9 Jabatan Siasatan Jenayah yang sedang melakukan rondaan Op Laras di jalan terbabit mengarahkan kereta dipandu suspek berhenti selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, suspek enggan berhenti namun keretanya telah terbabas ke kiri jalan dan terhenti sebelum dia bertindak melepaskan dua das tembakan.

"Polis kemudian membalas tembakan untuk mempertahankan diri dan kita telah berjaya menumpaskan lelaki berumur 57 tahun itu.

"Pemeriksaan dalam kereta suspek menemukan dua pucuk pistol dan sejumlah peluru yang kita rampas. Peluru 9 milimeter (mm) 100 butir, 38 juga 100 butir. Kita dapat juga peluru 5.56 yang digunakan untuk raifal seperti M-16," katanya pada sidang media di lokasi kejadian malam tadi.

Fisol berkata, siasatan awal mendapati suspek memiliki empat rekod jenayah membabitkan dadah dan senjata api tiruan.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

Fisol berkata, lokasi kejadian adalah laluan yang sunyi dan kurang digunakan dan pihaknya juga akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui sama ada suspek terlibat dengan mana-mana sindiket.

Mayat suspek, katanya, dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Anak Gajah Mati Dilanggar Di JRTB

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kes Tembak Di KLIA: 'Sila Serah Diri Secara Aman' - Polis

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Harap Pihak Masjid Beri Penjelasan, Ramai Dah Keliru Ni

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki