web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Miliki 16 Rekod Jenayah Maut Ditembak Polis

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 Dec 2023 1:53PM

Suspek terlibat dalam beberapa jenayah samun di Pulau Pinang, Selangor dan Melaka

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Polis Pulau Pinang menembak mati seorang lelaki yang terlibat dalam kes samun bersenjata dan mempunyai 16 rekod jenayah lampau dalam kejadian berbalas tembakan di Machang Bubok di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata pihak polis pada mulanya mengesan sebuah kenderaan jenis Proton X70 dalam keadaan mencurigakan menghala ke Sungai Lembu di sini kira-kira 12.35 tengah malam.

"Sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang yang mendapati kereta itu dalam keadaan mencurigakan telah mengarahkan pemandunya memberhentikan kenderaan terbabit, namun lelaki itu terus memecut laju untuk melarikan diri dan dalam masa sama melepaskan tembakan.

"Pihak polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah kereta dipandu lelaki itu untuk mempertahankan diri, tetapi dia memecut laju dan selepas pasukan kami mengejarnya kira-kira 200 meter, kenderaan suspek terbabas ke tepi jalan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata lelaki itu kemudian keluar dari keretanya dan melepaskan tembakan ke arah polis sebelum pihak polis membalas tembakan dan terkena suspek.

Kok Chin berkata, lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian dan pemeriksaan awal mendapati suspek berumur 44 tahun dan beralamat di Pulau Pinang itu terlibat dalam beberapa jenayah samun di negeri ini, Selangor dan Melaka.

Beliau berkata semakan mendapati nombor pendaftaran kenderaan digunakan suspak adalah palsu dan selain samun, suspek juga pernah ditahan kerana terlibat dengan kes dadah, kesalahan di bawah Akta Senjata Api dan Bahan Kakisan serta pernah dikenakan tindakan menurut Ordinan Darurat.

"Kita percaya penjenayah ini amat berbahaya kerana dia turut memiliki senjata api dan semakan mendapati senjata digunakan ialah jenis semi auto," katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek bergerak solo ketika melakukan jenayah samun dan mengacukan pistol ke arah mangsa bagi tujuan menakut-nakutkan mereka. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Anak Gajah Mati Dilanggar Di JRTB

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Kes Tembak Di KLIA: 'Sila Serah Diri Secara Aman' - Polis

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Aduh Buat Hal La Motor Ni...

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Lelaki Bersenjata Api Disyaki Penjenayah Maut Ditembak

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi