web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dilarang Memungut Kerang Di Sungai Geting - Perikanan Kelantan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2021 5:51PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TUMPAT - Larangan memungut, menjual dan memakan kerang-kerangan di perairan Sungai Geting di sini dikuatkuasakan serta merta hari ini, susulan pencemaran saxitoxin.

Pengarah Perikanan Kelantan, Nazri Ishak berkata, pencemaran itu disahkan berpunca daripada alga merah iaitu alexandrium minutum.

Menurut beliau, larangan berkenaan terpakai atas kawasan di sepanjang Sungai Geting dalam jarak dua kilometer.

“Keputusan ini adalah berdasarkan analisa pihak makmal biosekuriti perikanan yang mendapati kerang-kerangan di kawasan itu telah tercemar dengan toksin saraf (saxitoxin) daripada alga berbahaya iaitu alexandrium minutum.

“Akibat daripada pemakanan kerang-kerangan berkenaan boleh menyebabkan keracunan, berbahaya serta memudaratkan kesihatan. Larangan ini dibuat untuk memastikan penduduk atau orang ramai tidak mencari kerang-kerangan di lokasi itu dalam tempoh ini,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Nazri berkata, pihaknya akan melakukan pengambilan sampel pada setiap minggu bagi memastikan tahap kualiti kerang-kerangan.

 Sungai Geting jelas beliau, adalah lokasi biasa berlakunya serangan alga merah ekoran disebabkan banyak faktor, termasuk keadaan cuaca.

“Kerang-kerangan berfungsi sebagai penapis dan ia akan menapis bahan seperti alga dan jika ditapis dengan tahap tinggi, boleh menyebabkan keracunan serta menjejaskan kesihatan.

“Hasil tinjauan, peniaga di lokasi itu didapati menjual kerang-kerangan dari Pantai Seri Tujuh dan lokasi lain. Kerang-kerangan di lokasi lain tidak berbahaya dan boleh dibeli serta dimakan,” katanya. - Getaran, 12 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Luluskan RM5 Juta Untuk Pembenihan Awan Di Kelantan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia