web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemegang Amanah YAB Hanya ‘Boneka’, Dikawal Ahmad Zahid - Pendakwaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2021 6:17PM

Ahmad Zahid Hamidi menghadiri prosiding hujahan di akhir kes pendakwaan bagi perbicaraan kesnya di Mahkamah Tinggi hari ini.
 - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Akalbudi (YAB) hanyalah ‘boneka’ dikawal oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pelantikan mereka hanya untuk memenuhi kerusi jawatan yayasan itu, Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran berkata kesemua ahli lembaga pemegang amanah itu tidak membuat sebarang sumbangan dan semua arahan itu datang daripada Ahmad Zahid.

“YAB pada dasarnya adalah beliau (Ahmad Zahid) kerana beliau adalah penyumbang utama kepada yayasan itu. Pemegang amanah yang lain hanyalah boneka. Seolah-olah Samsuri (Samsuri Tun), Prof Zulkifli (Dr Zulkifli Senteri), Nabil (Muhammad Nabil Saleh) dan Datuk Khairuddin (Datuk Khairuddin Tarmizi) dilantik semata-mata untuk memenuhi kerusi (lembaga pemegang amanah).

“Ahmad Zahid adalah orang yang mengawal di belakang YAB dan di samping itu, beliau adalah penandatangan tunggal cek YAB.

“Tertuduh berada dalam kedudukan yang membolehkannya menggunakan dana yayasan, sesuai dengan kehendak dan keinginannya,” hujah Raja Rozela di akhir kes pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah Ahmad Zahid.

Beliau menambah Ahmad Zahid juga mempunyai keupayaan untuk menentukan aliran masuk dan keluar dana YAB.

“Pendakwaan berhujah bahawa tertuduh sebenarnya telah menggunakan kuasanya apabila beliau secara tidak jujur menyalahgunakan dana YAB untuk kepentingan peribadinya,” katanya.

Raja Rozela seterusnya berhujah bahawa pada 4 April 2012, Ahmad Zahid menjadikan dirinya penandatangan tunggal bagi akaun bank YAB.

“Resolusi itu ditandatangan tertuduh, Muhammad Nabil dan Khairuddin. Pertukaran penandatangan ini berkuat kuasa pada 20 Jun 2013, seperti yang dinyatakan dalam Borang Kemas kini Tandatangan,” tambahnya.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 bagi pecah amanah jenayah, lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit milik YAB.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 5 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia