web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KKM Henti Keperluan Ujian COVID-19 Individu Ingin Ke Langkawi - Khairy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2021 7:15PM

Pelancong tiba di Lapangan Antarabangsa Langkawi sempena pembukaan Gelembung Pelancongan Langkawi pada 16 September. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) memutuskan untuk memberhentikan keperluan ujian pengesanan COVID-19 bagi individu yang ingin melancong ke Langkawi, berkuat kuasa hari ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira peratus pelancong yang dikesan positif semasa saringan yang sangat rendah, malah tiada kluster COVID-19 yang berpunca daripada gelembung pelancongan di Langkawi.

“Ia juga selaras dengan kebenaran rentas negeri bagi Keluarga Malaysia, termasuk perjalanan pulang ke kampung dan tempat pelancongan bermula Isnin lepas,” katanya.

Khairy berkata syarat wajib vaksinasi COVID-19 lengkap bagi semua pelancong dewasa yang mengembara ke pulau itu masih perlu dipatuhi, selain menggalakkan pelancong untuk melakukan ujian kendiri COVID-19, sebelum memulakan perjalanan ke Langkawi.

“Bagi individu yang disahkan positif dan sedang dalam tempoh pengasingan dan pemantauan atau dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes positif yang sedang menjalani perintah kuarantin dan pengawasan, mereka tidak dibenarkan melancong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahad lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan bersetuju membenarkan individu yang sudah lengkap vaksinasi COVID-19, melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu mendapatkan kebenaran polis bermula Isnin.

Keputusan itu dibuat berikutan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), telah mencapai 90 peratus.

Sehingga Ahad lepas, Khairy berkata seramai 54,341 pelancong telah menjalani ujian saringan COVID-19 dengan hanya 216 atau 0.4 peratus pelancong dikesan positif, manakala hanya seorang pelancong yang mengalami gejala semasa di Langkawi dan didapati positif COVID-19 melalui ujian RT-PCR.

“Siasatan mendapati punca jangkitan bukan di Langkawi,” katanya.

Sebelum ini Projek Rintis Gelembung Pelancongan Langkawi telah dilaksanakan mulai 16 September lepas, dengan kerajaan mewajibkan setiap pelancong menjalani ujian pengesanan COVID-19 sebelum memasuki pulau itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Buka Sektor Penerbangan Untuk Turunkan Harga, Rancakkan Semula Pelancongan Langkawi

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Selesai Isu Penempatan Haram Bukit Malut, Masalah Laut Kotor Pun 'Settle' - Sanusi 

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Puak Tak Mengaji (Belajar) Kata Saya Umum Benda Mustahil - Sanusi  

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia